KOTA BHARU-Dimana Ada Tok Guru(Nik Abdul Aziz Nik Mat,) beliau akan ada.
Tiada ada gaji khas, sebaliknya Mohd Azuddin Che Hassan atau dikenali Abang Mat keselamatan berkhidmat secara sukarela untuk Pas khususnya Arwah.
Walaupun dilihat sebagai individu yang menjaga keselamatan Tok Guru beliau tiada lah regik atau bersifat menghalang.
Bak kata orang Kelantan Abang Mat seorang yang “mudah basa” khususnya kepada wartawan yang ingin menemuramah allahyarham Tok Guru.
Semalam, personaliti itu tiada lagi. Tepat jam 12.45, beliau pulang ke pangkuan Ilahi akibat komplikasi kencing manis.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dalam perkongsian turut menzahirkan kesedihan atas pemergiaan Abang Mat.

“Pagi ini dikhabarkan dengan berita pemergian seorang insan yang sentiasa istiqamah dan komited dalam menginfaqkan diri kepada perjuangan Islam bersama PAS iaitu Allahyarham (Abg Mat Keselamatan)”katanya.
Ahmad berkata, pada bulan Julai yang lepas saya sempat menziarahi Allahyarham yang ketika itu keuzuran.
“Saya mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh Allahyarham,”katanya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pasir Mas, yang juga bekas Setiausaha Akhbar Allahyaraham Tok Guru turut berkongsi kisah dengan Abang Mat.
———————————————————-
Abemat Keselamatan, itu nama manja dia. Tiada yang tidak mengenalinya jika biasa di Medan Ilmu Kota Bharu.
Ke sana ke mari menjaga urusan pengkuliah bermula dari turun kereta sehingga naik semula ke kereta.
Kerja secara sukarela untuk parti tanpa gaji tetap. Bila ditanya kenapa abemat tak kahwin, jawapannya “mudah nak kerja untuk parti”.
Rapatnya dengan Allahyarham Tokguru sehingga dikenali juga sebagai abemat tokguru. Dalam keadaan sakit pun, tiba-tiba tercegat di program parti menjaga urusan pimpinan.
Kembali ke rahmatullah sekitar jam 12 tengah malam tadi setelah sekian lama sakit kencing manis dan lain-lain. Solat jenzah di Masjid Mukim Kasa, Pasir Mas selepas solat Zohor hari ini.
Dari Kuala Lumpur, saya rakamkan takziah dan semoga Allah merahmati roh abemat dan mengganjarinya dengan sebaik-baik ganjaran.
إنا لله وإنا إليه راجعون .. اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه.