KOTA BHARU-Koperasi Sindiyan Berhad (KBS) meletakkan sasaran 100 koperasi terbaik dalam Negara dengan menjadikan projek pemasaran hasil pertanian sebagai teras perniagaanya.
Pengerusinya, Datuk Roshaimi Razak berkata, KSB kini giat menjalankan aktiviti pemasaran hasil durian dan penjualan pakej durian.
“Sindiyan Sdn Bhd telah membangunkan projek perladangan durian musang king di Lojing Gua Musang dengan keluasan keseluruhan 9208 ekar.
“KSB mendatangani perjanjian pembangunan ladang atas keluasan 2000 ekar, kita amat bertuah kerana diberi peluang bagi menjalankan pakej aktiviti berkaitan ini,”katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Perasmian Pembukaan Koperasi Sindiyan yang dirasmikan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Roshaimi berkata, KSB dan Sindiyan Group akan membangunkan industri durian dan buah-buahan yang mana ia akan memberi manfaat kepada kerajaan dan rakyat negeri Kelantan.
Beliau berkata, pada masa ini walaupun tidak mempunyai modal permulaan, Ahli Lembaga Koperasi nya komited untuk menyumbang RM 500,000 sebagai pinjaman tanpa faedah .
“Dengan komitmen yang mencukupi daripada semua pihak, kami optomis dengan perniagaan dan aktiviti ini akan maju kedepan.
“Penting bagi meningkatkan keupayaan khususnya dari segi produk dan perkhidmatan diberikan, peningkatan keanggotaan syer,
“Ia termasuk anggota lembaga dan pengurusan efisyen, komited, inovatif serta profesional dalam melaksanakan amanah yang diberikan,”katanya.