MACHANG– Selepas hampir lima bulan tidak beroperasi , “kerinduan” masyarakat dan peniaga bakal terubat apabila Pasar Isnin atau lebih dikenali sebagai Pasar Sena di kalangan penduduk akan mula beroperasi pada Isnin ini.
Pasar yang cukup terkenal dengan pelbagai barangan yang ditawarkan dengan harga yang lebih murah berbanding tempat lain tersebut cukup popular di kalangan masyarat dari segenap ceruk Kelantan dan tidak kurang juga di kalangan masyarakat luar Kelantan.
Hebahan mengenai pembukaan pasar tersebut dibuat Persatuan Peniaga Pasar Isnin Machang melalui kain rentang yang dipasang di sekitar kawasan jajahan ini.