Saturday, 27 February, 2021
No Result
View All Result
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Politik
  • Analisis
  • Agama
  • Jenayah
  • Foto
  • Sukan
  • Budaya & Seni
  • Video
  • Lokal
  • Rencana
  • Bisnes
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video
  • Budaya & Seni
No Result
View All Result
Kelantan Updates
No Result
View All Result
Utama Bisnes
Persatuan hotel Kelantan pohon rentas daerah dibenarkan

Persatuan hotel Kelantan pohon rentas daerah dibenarkan

Bagi memberi nafas baru kepada industri pelancongan khususnya perhotelan yang semakin tenat

keadmin by keadmin
12 February 2021
in Bisnes
0 0
0
1.3k
VIEWS
Share di FacebookShare di Whatsapp

 

Industri perhotelan di  Kelantan kini semakin tenat dan dijangka hanya mampu bertahan dua bulan sahaja lagi sebelum kebanyakan hotel yang beroperasi terpaksa ditutup, kata Presiden Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Cawangan Kelantan Maimun Mohd Hussain.

Justeru, beliau meminta kerajaan menimbang membenarkan pergerakan merentas daerah yang diyakini dapat memberi nafas baharu kepada 17 hotel bertaraf dua hingga lima bintang di seluruh Kelantan.

“Pada masa ini rata-rata pihak pengurusan hotel terpaksa mengambil tindakan drastik seperti hanya membayar separuh gaji, memberi cuti tanpa gaji, malah ada terpaksa mengurangkan pekerja.

“Sekiranya kelonggaran ini diberikan, hampir 2,000 kakitangan hotel di seluruh negeri dapat ‘diselamatkan’ daripada diberhentikan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya telah berbincang dengan kerajaan negeri dalam usaha persatuan memastikan kesinambungan operasi hotel bawah naungannya.

“Antara yang kami minta ialah diskaun 70 peratus pengurangan bagi lesen perniagaan hotel kerana jualan bilik sekarang di bawah 50 peratus, selain sumbangan insentif sebanyak RM10,000 bagi setiap hotel di bawah MAH

“Selain itu, potongan 50 peratus pembayaran bil air di bawah Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dan diskaun 50 peratus cukai bandar dan lain-lain cukai yang berkaitan,” katanya.

Beliau turut memberi jaminan pematuhan kesemua prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan sekiranya sektor perhotelan dapat beroperasi sepenuhnya seperti sedia kala.

“Besar harapan kami agar rayuan ini dapat dipertimbangkan oleh kerajaan bagi menyelamatkan bidang perhotelan. Pihak kami memberi jaminan untuk memberi kerjasama penuh dalam memastikan SOP dipatuhi untuk mengekang penularan wabak COVID-19 membabitkan sektor perhotelan,” katanya

 

Bernama

Previous Post

Awas! SJR mengejut di sempadan daerah

Next Post

Natanael pemain import pertama Kelantan FC

Related Posts

Beku i-Sinar sementara untuk kredit dividen
Bisnes

KWSP umum dividen 5.20 peratus

27 February 2021
Harga petrol RON95, RON97 naik 5 sen, diesel kekal
Bisnes

Harga petrol RON95, RON97 naik 5 sen, diesel kekal

26 February 2021
Pengusaha bas dan van sekolah Kelantan gulung tikar
Bisnes

Pengusaha bas dan van sekolah Kelantan gulung tikar

16 February 2021
Next Post
Natanael pemain import pertama Kelantan FC

Natanael pemain import pertama Kelantan FC

Kemalangan terbesar dunia, 133 kenderaan,9 maut

Kemalangan terbesar dunia, 133 kenderaan,9 maut

Covid -19 : Pasar Pulai Chondong ditutup sementara

Covid-19: 14 kluster baharu dikesan termasuk di Machang

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Awe Donde

Popular

  • Selepas meletup angkat TRW, Annuar dan Hodak bergabung di KL

    Selepas meletup angkat TRW, Annuar dan Hodak bergabung di KL

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Covid-19 : Kuala Krai rekod kluster baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Tumpat terharu cipta sejarah bawa balik vaksin

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tanah runtuh Kampung Celagi : Rumah pusaka 100 tahun jadi sejarah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh berpakaian biasa ke sekolah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Polis cari personaliti media sosial langgar SOP

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Facebook Twitter Youtube Instagram

Portal yang menyediakan bahan-bahan informatif khususnya dari Kelantan yang bersifat telus, segar, dinamik dan cakna rakyat. #jiwasetkita

Hubungi Kami: 017-3714523
Email: editor@kelantanupdates.com

Berita Lain

  • Agama
  • Awe Donde
  • Bachok
  • Bisnes
  • Budaya & Seni
  • Foto
  • Global
  • Gua Musang
  • Jeli
  • Jenayah
  • Kota Bharu
  • Kuala Krai
  • Lokal
  • Machang
  • Nasional
  • Pasir Mas
  • Pasir Puteh
  • Politik
  • Rencana
  • Sukan
  • Tanah Merah
  • Tumpat
  • Utama

Selanjutnya

Kontraktor bina Airport KB dilantik, mula pembinaan April dan siap 2024

Kontraktor bina Airport KB dilantik, mula pembinaan April dan siap 2024

27 February 2021

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

No Result
View All Result
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist