Kesemua pasar raya besar Tesco akan dijenamakan semula sebagai Lotus’s.
Ia berikutan pengambil alihan gergasi perucitan United Kingdom, Tesco Pic yang beroperasi di Malaysia dan Thailand oleh Koglomerat Thailand Charoen Pokphand Grup atau lebih dikenali CP Grup.
“Proses penjenamaan ini akan disiapkan menjelang akhir tahun ini, :kata CP Grup kata dalam satu kenyataan yang dimuat naik di lama sosial.
Kenyataan itu turut menyebut pengambil alihan itu turut melibatkan pekerja seramai 8600 orang, dua pusat pengedaran di Simpang Pulai dan Bukit beruntung dan kesemua 63 pusat operasi di seluruh Malaysia.
Sumber menyatakan urusniaga itu bernilai RM42,77 bilion.
Sementara itu penjenamaan itu turut diumumkan dilaman Facebook Tesco dengan memuatkan logo terbaru berlatarbelakangkan warna hijau.
Dalam pada itu, rata-rata natizen menyatakan tiada masalah dengan pengambilalihan itu tetapi mahu Tesco tetap dengan kualiti dan harga berpatutan.