22/11/2020
Penyanyi dan Pelakon terkenal, Alif Satar disahkan Positif Covid-19.
Perkara tersebut disahkan di status di dalam laman sosialnya hari ini.
Alif berkata, dalam kesibukkan menjalankan penggambaran, beliau telah melakukan beberapa ujian saringan covid-19.
“Malangnya, keputusan terkini yang alif baru sahaja terima hari ini telah menunjukkan bahawa Alif didapati positif covid-19.
“Perkara ini amatlah mengejutkan dan mendukacitakan. Perkara pertama bila alif dapat tahu keputusan ini, adalah semestinya tahap keselamatan keluarga.
“isteri dan anak-anak Alif, rakan-rakan di set penggambaran dan semestinya kontak rapat yang telah berjumpa dengan Alif,” katanya.
Alif yang membuat persembahan dalam Anugerah Juala Lagu semalam juga telah memberi nama kepada pihak Kementerian Kesihatan kontak rapat yang dikenalpasti dalam tempoh 14 hari.
“Alif mohon maaf atas segala kesulitan ini, dan alif mohon doa semua agar diberikan kesembuhan dan kekuatan untuk menempuhi dugaan Allah swt. Alif doa agar semua terhindar daripada sebarang kemudaratan,”katanya.
Kredit gambar:BH