Monday, 1 March, 2021
No Result
View All Result
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Politik
  • Analisis
  • Agama
  • Jenayah
  • Foto
  • Sukan
  • Budaya & Seni
  • Video
  • Lokal
  • Rencana
  • Bisnes
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video
  • Budaya & Seni
No Result
View All Result
Kelantan Updates
No Result
View All Result
Utama Budaya & Seni
Fasa I Kampung Warisan di Kampung Laut siap Mei ini

Fasa I Kampung Warisan di Kampung Laut siap Mei ini

keadmin by keadmin
3 January 2021
in Budaya & Seni, Lokal, Tumpat, Utama
0 0
0
295
VIEWS
Share di FacebookShare di Whatsapp

ROHANA ISMAIL

 

TUMPAT – Fasa pertama pembangunan Kampung Warisan di Kampung Laut yang berkonsepkan ‘muzium hidup’ dijangka siap sepenuhnya pada Mei ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, perkembangan pembinaan projek fasa pertama dengan kos RM40 juta ketika ini pada tahap 73 peratus.

Katanya, pembangunan Kampung Warisan ini melibatkan pembinaan dua kompleks komersial iaitu Laman Warisan dan Laman Seni yang dibangunkan untuk tarikan pelancong dan Perusahaan Kecil dan Sedehana (PKS) menjual makanan tradisional dan kraftangan tempatan.

“Pembinaan fasa pertama melibatkan keluasan 1.8 ekar siap Mei ini melibatkan pembinaan kiosk PKS perusahaan serunding dan makanan tradisional.

“Manakala fasa dua dijangka siap pada Januari 2022 melibatkan keluasan 1.3 ekar untuk menempatkan semula Masjid Kampung Laut yang berusia 300 tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena lawatan bersama dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob meninjau perkembangan projek-projek stratergik Kerajaan Persekutuan yang dilaksanakan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) di Kampung Laut hari ini.

Turut dilawati tapak projek Jambatan Palekbang-Kota Bharu yang turut disertai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi merangkap Ahli Parlimen Tumpat.

LP

Sementara itu, Ahmad berkata, Masjid Kampung Laut yang berada di Nilam Puri Kota Bharu sudah dileraikan dan akan dibawa ke kampung Laut awal tahun ini.

“Ia akan dipindahkan ke tempat asalnya di Kampung Laut dan kerja kerja itu bermula awal tahun ini sehingga 2022,”katanya.

Menurutnya, dengan siapnya projek Kampung Warisan tersebut ianya dapat menarik kehadiran pelancongan sama ada menggunakan jalan darat atau sungai.

“Di Kampung Laut memang terkenal dengan pengangkutan bot tambang sejak dari dulu lagi untuk penduduk di daerah ini ke Kota Bharu merentasi sungai Kelantan.

“Kita hidupkan balik teksi air untuk membawa pelancongan ke sini apabila siap sepenuhnya projek Kampung Warisan ini,” katanya.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan, dan Utiliti Negeri Kelantan, Datuk Azami Mohd Nor, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Kelantan, Wan Mohd Shuhaimi Wan Mustapha dan Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Baidzawi Che Mat.

Tags: Kampung lautKampung warisan
Previous Post

Syahrul Azwari perkuatkan Kelantan United FC

Next Post

Mayat Asaari, mangsa bot karam ditemui di Pulau Perhentian

Related Posts

Sesi persekolahan 2021 bermula
Lokal

Sesi persekolahan 2021 bermula

1 March 2021
Covid -19 : Kota Bharu rekod satu lagi kluster baharu.
Kota Bharu

Covid -19 : Kota Bharu rekod satu lagi kluster baharu.

28 February 2021
Kontraktor bina Airport KB dilantik, mula pembinaan April dan siap 2024
Lokal

Kontraktor bina Airport KB dilantik, mula pembinaan April dan siap 2024

27 February 2021
Next Post
Mayat Asaari, mangsa bot karam ditemui di Pulau Perhentian

Mayat Asaari, mangsa bot karam ditemui di Pulau Perhentian

Jazlan letak jawatan mengejut sebagai pengerusi MPOB

Jazlan letak jawatan mengejut sebagai pengerusi MPOB

Penduduk Tanah Merah dan Kuala krai mula pindah

Penduduk Tanah Merah dan Kuala krai mula pindah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Awe Donde

Popular

  • Selepas meletup angkat TRW, Annuar dan Hodak bergabung di KL

    Selepas meletup angkat TRW, Annuar dan Hodak bergabung di KL

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Misi besar, Zamsaham mahu bawa Kelantan FC setaraf Arsenal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Covid-19 : Kuala Krai rekod kluster baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Saingan lima penjuru naib presiden FAM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kontraktor bina Airport KB dilantik, mula pembinaan April dan siap 2024

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • ‘Jiwo’ tetap bersama Kelantan FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Facebook Twitter Youtube Instagram

Portal yang menyediakan bahan-bahan informatif khususnya dari Kelantan yang bersifat telus, segar, dinamik dan cakna rakyat. #jiwasetkita

Hubungi Kami: 017-3714523
Email: editor@kelantanupdates.com

Berita Lain

  • Agama
  • Awe Donde
  • Bachok
  • Bisnes
  • Budaya & Seni
  • Foto
  • Global
  • Gua Musang
  • Jeli
  • Jenayah
  • Kota Bharu
  • Kuala Krai
  • Lokal
  • Machang
  • Nasional
  • Pasir Mas
  • Pasir Puteh
  • Politik
  • Rencana
  • Sukan
  • Tanah Merah
  • Tumpat
  • Utama

Selanjutnya

Sesi persekolahan 2021 bermula

Sesi persekolahan 2021 bermula

1 March 2021

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

No Result
View All Result
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist