Saturday, 27 February, 2021
No Result
View All Result
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Politik
  • Analisis
  • Agama
  • Jenayah
  • Foto
  • Sukan
  • Budaya & Seni
  • Video
  • Lokal
  • Rencana
  • Bisnes
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video
  • Budaya & Seni
No Result
View All Result
Kelantan Updates
No Result
View All Result
Utama Budaya & Seni
“Pasar Purba’, pasar rakyat Kelantan

“Pasar Purba’, pasar rakyat Kelantan

Boleh jadi tarikan luar sekiranya prasarana ditambah baik

Zailani by Zailani
29 September 2020
in Budaya & Seni, Pasir Puteh, Utama
1 0
0
1.4k
VIEWS
Share di FacebookShare di Whatsapp

OLEH:NIK RAFIQ AB GHANI

Menikmati sarapan nasi dagang secara bersila atas tikar mengkuang sambil menghirup udara segar pagi di bawah teduhan pokok getah tua antara pengalaman paling indah bakal terpahat dimemori  sesiapa sahaja yang menjadi tetamu Pasar Purba, berdekatan Kampung Merkang, Pasir Puteh, Kelantan.

 

Segar dan yang pasti harga berpatutan
Pakaian bundle menjadi tarikan pengunjung

Pasar tradisional yang beroperasi setiap pagi jumaat atas tanah milik persendirian penduduk setempat seluas hampir tiga ekar ini mendapat gelaran ‘Pasar Purba’ di kalangan pengunjung kerana deretan lot perniagaan untuk mempamerkan produk jualan hanyalah binaan bangsal-bangsal usang yang diperbuat diperbuat daripada kayu kitar semula atau batang pokok, beratapkan zink terpakai atau atap nipah yang dihasilkan melalui kaedah tradisional oleh peniaga itu sendiri.

Pasar yang didominasikan oleh kaum hawa warga emas ini beroperasi  seawal jam 7.00 pagi sehingga 12.00 tengahari.
Pelbagai produk boleh didapati di sini. Daripada sayuran tempatan, ikan air tawar, makanan dan kuih tradisional sehinggalah pakaian terpakai dengan ‘harga longgok’.

MALKELSOM

 

Menceritakan detik awal kewujudannya, peniaga kelapa, Malkelsom Deraman, 64, berkata, pasar ini bermula sekitar awal tahun 70an apabila sebahagian penduduk setempat datang untuk mendengar kuliah agama pada setiap pagi jumaat di madrasah berhampiran.

Sambil itu mereka turut membawa hasil pertanian yang diletakkan dalam bakul buluh yang dibawa secara junjung atas kepala sebelum menjualnya kepada pelanggan sebagai pendapatan sampingan pada setiap pagi jumaat selain menanam padi atau menoreh getah yang menjadi mata pencarian utama pada hari-hari lain.

Ikan pekasam antara yang menjadikan tarikan

“Mula-mula dahulu tidak ramai yang berniaga, adalah kira-kira 20 orang peniaga sahaja, mereka semua tinggal tidak jauh dari tempat ini, ada dari Kampung Nara, Kampung Jelor, Padang Pak Amat, dan paling jauh dari Gunung, Jelawat.

 

“ Lama kelamaan peniaga bertambah ramai, tapak niaga pun semakin besar, sehingga sekarang sudah ada beratus peniaga, semua peringkat umur pun ada, dahulu semua orang lama-lama, barang niaga pun sekarang sudah ada macam-macam, dahulu cuma ada sayur kampung sahaja,”kata nenek kepada 21 cucu yang mula berniaga di sini sejak lebih 40 tahun lalu itu.

Turut berkongsi cerita, Rokiah Deraman,60  yang menjual mangga kampung dan ulam-ulaman melahirkan rasa syukur kerana  berpeluang menjual sendiri hasil tanamannya tanpa melibatkan orang tengah.

Suasana santai untuk keluarga

Sekiranya pengunjung ramai, terutama musim cuti sekolah, warga emas berasal dari kampung Jelor itu dikatakan memperolehi hasil jualannya sehingga lebih RM300.

“Bagi orang kampung macam makcik, memadailah dengan pendapatan sebegini, bila boleh jual sendiri, kita dapat jual dengan harga murah, hasil tanaman yang kita jual sendiri pula segar, sebab baru dipetik dari kebun.

“Apabila pembeli puas hati dan seronok, kita pula dapat rezeki yang berkat sebab tiada unsur penipuan, inilah konsep perniagaan yang agama islam kita ajar,”kata Rokiah yang turut ditemani suaminya Mahesan Ahmad,67.

Sesuai dengan gelaran negeri syurga makanan, pasar yang berada di daerah kawasan sejarah Tok Janggut ini merupakan satu-satunya lokasi yang menjual produk makanan paling unik kerana di sini kita masih boleh menemui pelbagai jenis makanan orang kampung zaman dahulu di negeri Kelantan.

Mohd Syukri

Antara menu istimewa yang boleh ditemui di sini  seperti gulai siput sawah, ikan puyu bakar atas daun pisang,  belalang goreng, ikan keli percik, budu tempayan, sambal buah kecupu, ikan budu, solok lada, jering rebus, pulut kahwin, cucur, tepung serunai, onde-onde, puteri mandi, mi kicap dan air tuak.

Seorang pengunjung, Mohd Shukri Ismail, 52, berkata, dia  sering berkunjung ke pasar ini untuk membeli barangan dapur selain membawa ahli keluarganya untuk menikmati sarapan pagi dengan menu tradisional Kelantan.

‘Datang sini boleh dapat macam-macam, terutama makanan yang memenuhi citarasa  orang Kelantan zaman dahulu, ia mengingatkan kita pada zaman kanak-kanak kerana masakan begini biasanya disediakan oleh ibu atau nenek kita.

“Zaman sekarang mana boleh dapat menu begini, di Kelantan sendiri pun susah, resipinya betul-betul asli, rasanya amat berbeza dengan masakan melayu zaman sekarang, ia memang unik,”kata Shukri yang juga seorang guru di salah sebuah sekolah berdekatan.

Antara kedai yang menyediakan makanan yang pelbagai

Dengan sebaran maklumat masa kini yang amat pantas, ‘Pasar Purba’ ini tidak dinafikan  boleh menjadi produk pelancongan Kelantan yang amat hebat dan tidak mustahil sehingga  bertaraf dunia.

Selain menjual produk tradisi, nilai paling mahal ialah  kejujuran berniaga yang menjadi amalan peniaga asal yang mempelopori pasar ini. Itulah sepatutnya menjadi pegangan kepada semua peniaga yang sudah sebati dengan rakyat Kelantan, sesuai dengan jolokan ‘Negeri Serambi Mekah’.

Jadi, dengan pegangan, gelaran serta nama yang baik itu, jangan pula kita cemari persekitaran tempat  ini dengan sisa buangan sampah yang tidak bertanggung jawab.

Pihak berkaitan juga perlu menyediakan prasarana yang mencukupi  jika ingin mengangkat lokasi pelancongan ini sehingga bertaraf bintang. Inilah sebenarnya identiti Kelantan yang perlu dimartabatkan

Tags: Pasar purba
Previous Post

Nazrin Nawi wira Kelantan

Next Post

Pasar “Sena” mula dibuka Isnin Ini

Related Posts

Kompaun RM 10,000 jika ingkar PKP mulai Mac
Nasional

Kompaun RM 10,000 jika ingkar PKP mulai Mac

26 February 2021
Rakyat sihat ekonomi melonjak
Nasional

Rakyat sihat ekonomi melonjak

25 February 2021
Kemas kini MySejahtera untuk dapatkan vaksin Covid-19
Nasional

Kemas kini MySejahtera untuk dapatkan vaksin Covid-19

24 February 2021
Next Post
Pasar “Sena” mula dibuka Isnin Ini

Pasar "Sena" mula dibuka Isnin Ini

Lapan  geng basikal lajak ditahan

Lapan geng basikal lajak ditahan

Yusri gusar pertahanan rapuh

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Awe Donde

Popular

  • Selepas meletup angkat TRW, Annuar dan Hodak bergabung di KL

    Selepas meletup angkat TRW, Annuar dan Hodak bergabung di KL

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Covid-19 : Kuala Krai rekod kluster baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Tumpat terharu cipta sejarah bawa balik vaksin

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tanah runtuh Kampung Celagi : Rumah pusaka 100 tahun jadi sejarah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh berpakaian biasa ke sekolah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Polis cari personaliti media sosial langgar SOP

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Facebook Twitter Youtube Instagram

Portal yang menyediakan bahan-bahan informatif khususnya dari Kelantan yang bersifat telus, segar, dinamik dan cakna rakyat. #jiwasetkita

Hubungi Kami: 017-3714523
Email: editor@kelantanupdates.com

Berita Lain

  • Agama
  • Awe Donde
  • Bachok
  • Bisnes
  • Budaya & Seni
  • Foto
  • Global
  • Gua Musang
  • Jeli
  • Jenayah
  • Kota Bharu
  • Kuala Krai
  • Lokal
  • Machang
  • Nasional
  • Pasir Mas
  • Pasir Puteh
  • Politik
  • Rencana
  • Sukan
  • Tanah Merah
  • Tumpat
  • Utama

Selanjutnya

Kontraktor bina Airport KB dilantik, mula pembinaan April dan siap 2024

Kontraktor bina Airport KB dilantik, mula pembinaan April dan siap 2024

27 February 2021

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

No Result
View All Result
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist