Pengasas Microsoft, Bill Gates bukan sahaja mahir dalam bidangnya, malah sentiasa membuat ramalan tepat mengenai situasi dunia.
Kali ini bilioner ini meramalkan bahawa akan terjadi dua bencana besar pada masa akan datang.
Ini bukanlah kali pertama Bill Gate meramalkan kejadian besar di dunia.
Pada 2015 beliau pernah menyatakan berlaku pandemik pada masa hadapan yang akan membunuh ribuan manusia.
Diundang ke satu rancangan televisyen baru-baru ini, dia mendedahkan bahawa bencana ini akan menjadi masalah global sehingga memberi kesan kepada seluruh dunia.
“Salah satunya adalah perubahan iklim. Setiap tahun jumlah kematian akan lebih tinggi berbanding apa yang kita alami semasa wabak ini,” kata Gates ketika ditanya oleh Derek Muller dari channel Veritasium mengenai masalah besar yang akan dihadapi manusia pada masa akan datang.
Walaubagaimanapun, ini bukan kali pertama Gates mengemukakan bahawa perubahan iklim akan memberi kesan yang lebih buruk daripada pandemik.
Pada bulan Ogos 2020, dia juga telah membahaskan isu yang sama di blog peribadinya, Gates Notes.
Bagi pakar, perubahan iklim mempunyai kesan yang sama dengan situasi pandemik.
Menurut bahagian Iklim dan Kewangan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu, kerosakan pada persekitaran dan ekosistem berpotensi menyebabkan lebih banyak kematian daripada wabak COVID-19