KOTA BHARU – 15 individu termasuk lima wanita tempatan dipercayai terlibat aktiviti pelacuran diberkas polis pada Op Noda, di sini semalam.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, penangkapan tersebut turut membabitkan seorang lelaki berusia 20-an, disyaki individu yang berperanan untuk mendapatkan pelanggan melalui aplikasi MiChat.
Katanya, ketika serbuan, wanita berkenaan berada di dalam bilik bersama pasangan masing-masing, manakala banglo itu dipercayai disewa sebagai lokasi kereta sewa.
“Pihak kami turut merampas buku log yang mengandungi catatan sewaan bilik, sebuah ktako hitam berisi enam kondom yang belum digunakan, lapan telefon bimbit pelbagai jenama, kunci bilik, sebotol minyak urut, dua kondom yang sudah digunakan dan wang tunai RM1,917.
“Semua suspek ditahan reman tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 372A Kanun Keseksaan dan Seksyen 372B kanun sama, katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Tambah Shafien, Orang ramai yang mempunyai maklumat aktiviti haram sebegitu boleh menyalurkan maklumat ke talian hotline 09-7450999.