KOTA BHARU-Seorang wanita warga Indonesia maut manakala dua lagi cedera parah apabila dalam kemalangan di jalan Pasir Hor- Padang Enggang disini hari ini.
Difahamkan mangsa berada penghadang di tengah jalan untuk melintas sebelum dirempuh kenderaan jenis Satria yang terbabas.
Sementara itu tular satu vedio, pemandu kereta tersebut dikerumi orang ramai dan sebahgian bertindak memukul pemandu tersebut.
Dalam pada itu, dipetik Kosmo, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, siasatan awal mendapati, kejadian itu berlaku pada pukul 11.30 pagi ketika wanita itu membawa basikalnya dan dua warga emas itu sedang berdiri di atas penghadang jalan konkrit untuk melintas dari kiri ke kanan jalan
Katanya, sedang mereka menunggu, sebuah kereta jenis Proton Satria yang dipandu laju dari Pasir Hor ke Kubang Kerian dipercayai terbabas masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh ketiga-tiga mangsa.
“Insiden tersebut menyebabkan wanita warga Indonesia itu tercampak ke atas jalan sebelum dia disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Bagaimanapun, dua orang warga emas itu hanya mengalami kecederaan dan kini sedang Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian,” katanya.