KOTA BHARU-Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan hari ini merampas 738 Unit Aksesori Barangan Penjagaan Diri iaitu Alat Pisau Cukur jenama Gillette dengan nilai rampasan keseluruhan dianggar RM1,742.00.
Dalam satu kenyataan media, operasi yang dijalankan bermula jam 10.00 pagi dianggotai oleh 10 Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Kota Bharu, Kelantan dengan membuat serbuan ke atas 5 premis.
Untuk rekod ini merupakan kes pertama dihasilkan dibawah Akta Cap Dagangan 2019 pada tahun 2021 ini.
Hasil operasi yang dijalankan mendapati 5 tindakan kes dihasilkan dibawah Akta Cap Dagangan 2019.
Siasatan lanjut keatas premis-premis yang diambil tindakan akan diteruskan bagi mengenal pasti pembekal utama barangan tiruan ini diperolehi.
KPDNHEP Negeri Kelantan memberikan amaran keras kepada mana-mana peniaga atau orang ramai supaya tidak menjual barangan tiruan kerana ianya menjadi kesalahan dibawah Akta Cap Dagangan 2019.
Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang melakukan kesalahan tersebut.