Thursday, 15 April, 2021
No Result
View All Result
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Politik
  • Analisis
  • Agama
  • Jenayah
  • Foto
  • Sukan
  • Budaya & Seni
  • Video
  • Lokal
  • Rencana
  • Bisnes
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video
  • Budaya & Seni
No Result
View All Result
Kelantan Updates
No Result
View All Result
Utama Jenayah
Polis samun RM 146.30 kedai serbaneka

Polis samun RM 146.30 kedai serbaneka

keadmin by keadmin
17 March 2021
in Jenayah
0 0
0
108
VIEWS
Share di FacebookShare di Whatsapp

KUALA LUMPUR – Polis menahan tiga lelaki termasuk dua anggota polis, dan seorang wanita yang dipercayai terlibat dalam satu kes samun di sebuah kedai serbaneka 24 jam di Kelana Jaya, Petaling Jaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 7.00 pagi di kawasan SS6 itu, seorang wanita memasuki premis kedai berkenaan dengan memakai ‘vest’ polis, dan mengambil beberapa barang di dalam kedai itu tanpa membuat bayaran.

Beliau berkata, pekerja premis cuba meminta bayaran, namun wanita berkenaan memberi alasan pegawai atasannya akan datang untuk membuat bayaran dalam tempoh sejam, dan dia terus melarikan diri dengan menaiki kereta peronda polis jenis Honda Civic.

“Antara barang yang diambil ialah lima kotak rokok pelbagai jenama, pemetik api dan gula-gula yang kesemuanya bernilai RM146.30,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nik Ezanee berkata, hasil siasatan, polis menahan dua anggota polis berumur 31 dan 38 tahun pada sebelah petangnya di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, dan pada sebelah malamnya pula seorang wanita dan lelaki tempatan, masing-masing berumur 36 dan 27 tahun ditahan kerana disyaki terbabit dengan kejadian.

Beliau berkata, semakan polis mendapati wanita itu mempunyai tujuh rekod kes jenayah dan satu kes dadah manakala lelaki yang ditahan itu mempunyai lima rekod kes jenayah dan lapan kes dadah. – Bernama

Previous Post

Kelantan United FC, JDT II sama hebat

Next Post

CSR: H Elite Design Hotel sasar jual 1000 tumbler bantu tiga organisasi kebajikan di Kelantan

Related Posts

Maqis rampas produk makanan, pertanian tidak sah bernilai lebih RM47,000
Jenayah

Maqis rampas produk makanan, pertanian tidak sah bernilai lebih RM47,000

9 April 2021
Stesen minyak sedia bantu mangsa jenayah
Jenayah

Stesen minyak sedia bantu mangsa jenayah

8 April 2021
PGA rampas ikan hiasan, kura-kura seludup bernilai lebih RM90,000
Jenayah

PGA rampas ikan hiasan, kura-kura seludup bernilai lebih RM90,000

30 March 2021
Next Post
CSR: H Elite Design Hotel sasar jual 1000 tumbler bantu tiga organisasi kebajikan di Kelantan

CSR: H Elite Design Hotel sasar jual 1000 tumbler bantu tiga organisasi kebajikan di Kelantan

Akira terkilan, Rafael Gil kecewa

Akira terkilan, Rafael kecewa

Wanita murung terjun sungai Kelantan

Wanita murung terjun sungai Kelantan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Awe Donde

Popular

  • Kelantan FC kecewakan Kuching City FC

    Kelantan FC kecewakan Kuching City FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kelantan FC, Kelantan United FC beraksi di luar Kota Bharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MKN tentukan keperluan PKP di Kelantan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Akhirnya Mia Sara pergi jua”..

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kami dahaga kemenangan lagi – Ragini

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bapa hidap masalah saraf kronik buntu tak mampu bekerja

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Facebook Twitter Youtube Instagram

Portal yang menyediakan bahan-bahan informatif khususnya dari Kelantan yang bersifat telus, segar, dinamik dan cakna rakyat. #jiwasetkita

Hubungi Kami: 017-3714523
Email: editor@kelantanupdates.com

Berita Lain

  • Agama
  • Awe Donde
  • Bachok
  • Bisnes
  • Budaya & Seni
  • Foto
  • Global
  • Gua Musang
  • Jeli
  • Jenayah
  • Kota Bharu
  • Kuala Krai
  • Lokal
  • Machang
  • Nasional
  • Pasir Mas
  • Pasir Puteh
  • Politik
  • Rencana
  • Sukan
  • Tanah Merah
  • Tumpat
  • Utama

Selanjutnya

PKP Kelantan: Tiada pembelian panik, tapi pengunjung pasaraya lebih ramai berbanding biasa

PKP Kelantan: Tiada pembelian panik, tapi pengunjung pasaraya lebih ramai berbanding biasa

15 April 2021

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

No Result
View All Result
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist