Sunday, 18 April, 2021
No Result
View All Result
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Politik
  • Analisis
  • Agama
  • Jenayah
  • Foto
  • Sukan
  • Budaya & Seni
  • Video
  • Lokal
  • Rencana
  • Bisnes
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video
  • Budaya & Seni
No Result
View All Result
Kelantan Updates
No Result
View All Result
Utama Lokal
Lukisan mural 3D rancakkan industri pelancongan Kelantan

Lukisan mural 3D rancakkan industri pelancongan Kelantan

keadmin by keadmin
15 March 2021
in Lokal
0 0
0
284
VIEWS
Share di FacebookShare di Whatsapp

 

Oleh SAPINAH AB GHANI
15 Mac 2021

KOTA BHARU- Bagi merancakkan kembali industri pelancongan domestik di negeri ini, satu pameran lukisan mural 3D dianjurkan Tangan Emas Studio dengan kerjasama Speed Media Event dan H Elite Design Hotel di sini.

Pengurus Tangan Emas Studio, Mohamad Sayuti Rosli berkata, idea mengadakan pameran berkenaan adalah hasil perbincangan ketiga- tiga pihak dalam usaha menghidupkan kembali industri pelancongan di negeri ini.

“Tak ada lagi pameran 3D dibuat di mana- mana daerah di negeri ini. Suatu yang baru dan masih ramai belum berpeluang melihatnya dengan lebih dekat.

“Selepas muzium H Elite Design Hotel adalah lokasi kedua lukisan mural 3D ini dipamerkan, kita harap ia akan menarik orang ramai untuk berkunjung ke sini,” katanya.

Mohamad Sayuti yang juga pelukis mural berkenaan berkata, sebanyak 21 lukisan mural bertemakan ‘trending’ dan tempatan dipamerkan bermula semalam sehingga Aidilfitri nanti.

“Antara yang ada di sini termasuk mural 3D king kong, dedaun, pemandangan sawah padi dan suasana kampung.

“Mural paling besar yang ada di sini bersaiz 7 x 12 meter, manakala paling kecil 2.4 x 2.4 meter, jemput datang, masuk percuma tapi kena patuh SOP,” katanya.

Tambahnya, lebih RM40, 000 diperuntukkan untuk menghasilkan mural berkenaan dengan bantuan seorang lagi pelukis, Izat Abdul Ghani, 32 dan tiga krew.

Sementara itu, Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Timur, Hafiz Hazin berkata, pihaknya menyambut baik usaha H Elite Design Hotel atas inisiatif membantu merancakkan semula industri pelancongan domestik di negeri ini.

Hafiz

“Seni lukisan dinding sememangnya salah satu tarikan pelancong, dan ini adalah yang pertama dilakukan oleh pihak hotel di Kelantan,” katanya.

Beliau berkata, ia satu tarikan yang mampu menjana pergerakan rentas daerah sekali gus membantu kelangsungan industri pelancongan negara.

“Saya yakin ia sedikit sebanyak membantu dari segi memberi ruang kepada orang ramai beriadah sambil menikmati hasil seni para pelukis tempatan.

“Dalam masa sama mereka dapat meluangkan masa berkualiti bersama ahli keluarga,” katanya.

Photo:

Speed Media Events & Distribution

Previous Post

RM60 juta baik pulih tebing sungai runtuh di Pasir Mas

Next Post

Jack Hindle berdepan tindakan tatatertib

Related Posts

KPDNHEP keluar 48 notis terhadap peniaga ayam di Kelantan
Lokal

KPDNHEP keluar 48 notis terhadap peniaga ayam di Kelantan

18 April 2021
Ajal balik tarawih…
Lokal

Ajal balik tarawih…

18 April 2021
Sekolah daerah PKP Kelantan tutup: Ramai pertikai pengumuman saat akhir
Lokal

Sekolah daerah PKP Kelantan tutup: Ramai pertikai pengumuman saat akhir

18 April 2021
Next Post
Jack Hindle berdepan tindakan tatatertib

Jack Hindle berdepan tindakan tatatertib

Kelantan negeri terendah daftar vaksin

Kelantan negeri terendah daftar vaksin

Kelantan FC merendah diri

Kelantan FC merendah diri

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Awe Donde

Popular

  • Kelantan FC, Kelantan United FC beraksi di luar Kota Bharu

    Kelantan FC, Kelantan United FC beraksi di luar Kota Bharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kelantan FC kecewakan Kuching City FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kelantan FC mahu cipta kejutan di Paroi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Akhirnya Mia Sara pergi jua”..

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MKN tentukan keperluan PKP di Kelantan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ajal balik tarawih…

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Facebook Twitter Youtube Instagram

Portal yang menyediakan bahan-bahan informatif khususnya dari Kelantan yang bersifat telus, segar, dinamik dan cakna rakyat. #jiwasetkita

Hubungi Kami: 017-3714523
Email: editor@kelantanupdates.com

Berita Lain

  • Agama
  • Awe Donde
  • Bachok
  • Bisnes
  • Budaya & Seni
  • Foto
  • Global
  • Gua Musang
  • Jeli
  • Jenayah
  • Kota Bharu
  • Kuala Krai
  • Lokal
  • Machang
  • Nasional
  • Pasir Mas
  • Pasir Puteh
  • Politik
  • Rencana
  • Sukan
  • Tanah Merah
  • Tumpat
  • Utama

Selanjutnya

Akira gembira gawang tak bolos

Akira gembira gawang tak bolos

18 April 2021

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

No Result
View All Result
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist