KOTA BHARU – Seramai 33 mangsa dari tujuh keluarga di Kampung Tiong, dekat sini dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Tiong berikutan banjir yang melanda kawasan itu, petang tadi.
Mangsa turut melibatkan 17 kanak-kanak dan dua Orang Kurang Upaya (OKU).
Operasi menyelamat tersebut membabitkan 14 anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Pasir Tumboh dan Tunjong yang dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.
Operasi menyelamat yang bermula jam 4.22 petang itu selesai sepenuhnya pada jam 6.40 petang.
Kredit Foto :Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kelantan