27 April 2021
Keputusan sama ada perantau dibenarkan pulang menyambut Aidilfitri atau tidak akan diketahui hari ini.
Walau apa keputusannya, moga ia diterima baik dan yang terbaik untuk kita semua.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka membuat pengumuman mengenai status Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk kebenaran rentas negeri dan daerah ketika Aidilfitri nanti beberapa jam sahaja lagi.
Ismail sebelum ini meminta semua pihak bersabar dan menunggu sehingga pengumuman dibuat.
Pada 14 April lalu, kerajaan mengumumkan melaksanakan PKP di tujuh daerah di Kelantan berkuat kuasa pada 16 hingga 29 April.
Ia melibatkan daerah Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Bachok, Machang, Tumpat dan Tanah Merah.
Minggu lalu, kerajaan memutuskan pula untuk melaksanakan PKP di tiga lagi daerah di negeri ini iaitu Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang berikutan peningkatan kes Covid- 19 yang ketara di ketiga- tiga daerah berkenaan.