29 April 2021
Kementerian Pengajian Tinggi (KPM) membenarkan pelajar
Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) seluruh negara kecuali Sarawak pulang ke rumah sempena cuti Hari Raya Aildilfitri nanti.
Memetik laporan Berita Harian, KPT dalam satu kenyataan hari ini menetapkan tarikh pergerakan pelajar pulang ke rumah masing- masing pada 7 hingga12 Mei depan.
“Manakala pergerakan pelajar kembali ke kampus pada 15 hingga 20 Mei nanti.
“Mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diadakan pada 28 April 2021, bersetuju membenarkan pelajar IPT pulang ke rumah sempena cuti Hari Raya Aildilfitri.
“Pelajar turut diberi pilihan sama ada pulang ke kediaman masing-masing atau kekal berada di kampus.
“Kebenaran ini selaras dengan kelonggaran yang diberikan oleh MKN sebelum ini kepada sektor pendidikan,” kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu lagi, bagi memastikan pergerakan pelajar lebih terkawal, KPT menetapkan beberapa mekanisme kawalan di mana pergerakan pelajar di setiap IPT dilaksanakan secara berfasa.
“Pihak IPT akan menyediakan surat pelepasan perjalanan rentas negeri atau daerah dan menyelaras tarikh pergerakan pulang ke rumah serta kembali ke kampus bagi setiap pelajar.
“Pergerakan pulang pelajar akan menggunakan tiga kaedah iaitu dengan kenderaan sendiri, dijemput oleh ibu bapa atau penjaga selain menggunakan bas yang diselaraskan oleh IPT.
“Pergerakan melalui kenderaan awam tidak dibenarkan kecuali perkhidmatan penerbangan,” katanya.
KPT menganggarkan pergerakan ini hanya membabitkan kira-kira 103,994 pelajar yang kini berada di kampus daripada 1.3 juta pelajar di seluruh IPT.
“Ia melibatkan enam kategori pelajar yang dibenarkan untuk menjalani sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di kampus sebelum ini.
“Pelajar dan ibu bapa boleh merujuk kepada prosedur operasi standard (SOP) pergerakan pelajar IPT pulang sempena cuti perayaan Aidilfitri dan dokumen soalan lazim disediakan melalui portal rasmi KPT di www.mohe.gov.my,” katanya.
Dalam pada itu, sebarang persoalan boleh diajukan kepada pegawai penyelaras di IPT masing-masing atau Bilik Gerakan KPT ditalian 03-8870 6777/6949/6623/6628.
Gambar hiasan