MARANG: Mayat Bakal pengantin yang bakal melangsung perkahwinannya, Naim Hariri Kamaruddin, 31, yang dilaporkan hilang ditemukan pagi ini.
Ketua Polis Daerah Marang DSP Mohd Zain Mat Dris mengesahkan jenazah Naim Hariri dibawa naik pada jam 10.10 pagi tadi.
Mohd Zain berkata, penemua itu di Pantai Alor Tuman selepas hampir 48 jam operasi mencari dan menyelamat digerakkan.
Dalam kejadian di Pantai Kelulut, di sini, Naim Hariri dari Cheras, Kuala Lumpur datang bersama ahli keluarga ke daerah ini untuk melangsungkan pernikahan bersama pasangannya, Fatin Nabilah Huda Ismail, 27, pada Sabtu.
Pasangan itu dijadualkan bernikah di kediaman Fatin Nabilah Huda di Kampung Surau Haji Mat Zin, Bukit Payong di sini jam 10 pagi.
Difahamkan, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa dikatakan mandi sebelum ditarik ombak kira-kira jam 6.40 petang.
Bapa pengantin perempuan, Ismail Awang, 61, berkata, dia yang sedang memasang khemah untuk majlis berkenaan dimaklumkan anaknya mengenai kejadian menimpa tunangnya.