20/11/2020
Kementerian Kesihatann mengesahkan kes jangkitan Covid-19 di Kelantan berpunca daripada zon merah.
Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jangkitan yang dibawa itu termasuk daripada kluster Cheras dan Lembah Klang.
“Mereka datang dari zon merah ke negeri dan tersebar bila pulang ke komuniti,”katanya dalam sidang media hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya tindakan kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kepada Kelantan bermula esok.
Noor Hisyam berkata, kluster baru Mengketil tersebar dengan cepat termasuk ke Besut, Terengganu.
Beliau menasihatkan rakyat Kelantan mematuhi SOP bagi memutuskan rangkaian Covid-19 dan membawa keluar dari PKPB.
k