KOTA BHARU-Rata-rata rakyat Kelantan bersetuju sekiranya Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB) dikuatkuaskan di Kelantan.
Ini berikutan kenaikan mendadak kes Covid-19 di negeri ini termasuk 17 kes dilaporkan hari ini.
Terdahulu dalam status Facebook Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Dr Izani Husin mengemukakan persoalan kepada pengikutnya keperluan PKPB dikuatkuasakan semula di negeri ini.
Hasilnya rata-rata menyambut baik, namun segelintir darinya bimbang ia memberi kesan khusnya kepada peniaga kecil.
Bagi Mohd Faizal menjelaskan beliau akur walaupun berat menerima cadangan itu.
“Kecil tapak tangan, nyiru kami sebagai rakyat tadahkan. Andai itu jalan yang terbaik untuk semua, kami redha.
“Halanglah dulu rakyat dari keluar masuk buat sementara waktu. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul,”katanya.
Bagi Kamal Abid pula memohon kerajaan negeri menyediakan dana khas kepada rakyat sekiranya PKBP dikuatkuasakan.
“Setuju YB demi kepentingan rakyat tetapi adalah molek, juga membuatkan rakyat lebih kasih dan hormat kepada kerajaan negeri jika memberi bantuan kepada seluruh rakyat jika berlaku PKPB kerana bukan semua rakyat kerja gaji bulan, besarlah harapan jika bantuan betul- betul sampai kepada sasaran tanpa memilih rupa fahaman politik atau saudara mara, mohon YB bertindak kerana pengalaman PKPB dahulu tidak semua bantuan sampai kepada sasaran.
“Rakyat faham YB tidak mampu untuk melihat dari semua sudut, pesan lah kepada org yg YB amanahkan untuk pengagihan bantuan itu kerana masih ada air mata yg menitis diatas hilai tawa org lain,”katanya.
Bagi Arasiq namaku memohon kerajaan ‘Lockdown’ kawasan yang terlibat sahaja.
“Tidak perlu semua jajahan dan yang penting jangan bagi rentas jajahan, kecuali urusan kecemasan sahaja,”katanya.
Kes keseluruhan di negeri ini adalah sebanyak 257 kes berbanding di negeri Terengganu 230 kes sahaja. Ironinya Terengganu sudah beberapa hari tiada kes terbaru tetapi negeri berkenaan di bawah perintah PKPB