Thursday, 15 April, 2021
No Result
View All Result
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Politik
  • Analisis
  • Agama
  • Jenayah
  • Foto
  • Sukan
  • Budaya & Seni
  • Video
  • Lokal
  • Rencana
  • Bisnes
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video
  • Budaya & Seni
No Result
View All Result
Kelantan Updates
No Result
View All Result
Utama Lokal
Dari padang bola ke dapur, bekas pemain Kelantan kini tauke nasi dagang

Dari padang bola ke dapur, bekas pemain Kelantan kini tauke nasi dagang

keadmin by keadmin
14 March 2021
in Lokal
0 0
0
7.2k
VIEWS
Share di FacebookShare di Whatsapp

 

SAPINAH AB GHANI

14 Mac 2021

KOTA BHARU- Bekas pemain bola sepak Kelantan era 80an kini bergelar tauke nasi dagang apabila meneruskan legasi perniagaan nasi kedua popular itu di negeri ini.

Lebih menarik, nasi dagang yang dihasilkan lain dari kebiasaan apabila menggunakan beras basmathi sebagai kekuatan utama.

Zulkifli Daud, 52, yang juga bekas penyerang pasukan Kelantan berkata, dia memilih beras basmathi kerana dikatakan lebih baik untuk kesihatan.

“Orang Kelantan bila dah umur 50 tahun ke atas mereka makan beras basmathi, tanpa kanji dan dikatakan lebih sihat.

“Bila guna beras basmathi ia juga akan memberi lebih pilihan kepada orang ramai,” katanya pada majlis pembukaan Restoran Nasi Dage Rayo Basmathi miliknya di Jalan Zainal Abidin di sini.

Tambahnya, walaupun menggunakan beras basmathi yang dikira agak mahal berbanding beras nasi dagang biasa, namun harga ditawarkan mampu dinikmati orang ramai.

“Sepinggan antara RM6 hingga RM9 sahaja bergantung kepada jenis lauk yang diminta pelanggan.

“Kami sediakan lauk ikan, udang dan telur sebagai pilihan,” katanya.

Menurutnya, restoran berkenaan dibuka seawal 7 pagi hingga 12 tengahari untuk orang ramai mendapatkan nasi dagang.

Bekas pemain pasukan Kuala Lumpur era 90an ini berkata, sebelum kembali ke Kelantan, beliau dan isteri Yusmiliati Yusof, 35, mengusahakan restoran di Kuala Lumpur namun terpaksa dihentikan sementara operasi berikutan penularan wabak Covid- 19.

Sementara itu, Yusmiliati berkata, nasi dagang resipi ibu mertuanya itu diubah suai dengan menggunakan sepenuhnya beras basmathi.

“Bila guna beras basmathi semua orang, Melayu dan Chinese enjoy menikmati hidangan nasi dagang yang meriah dengan lauk seperti hari raya ini,” katanya.

Previous Post

Lima warga emas ditahan judi laga ayam

Next Post

RM1, 000 setiap sekolah

Related Posts

PKP Kelantan: Tiada pembelian panik, tapi pengunjung pasaraya lebih ramai berbanding biasa
Lokal

PKP Kelantan: Tiada pembelian panik, tapi pengunjung pasaraya lebih ramai berbanding biasa

15 April 2021
PKP Kelantan: 17 sekatan jalan raya bermula tengah malam ini
Lokal

PKP Kelantan: 17 sekatan jalan raya bermula tengah malam ini

15 April 2021
COVID-19: Kadar kebolehjangkitan (Rt) Kelantan naik lagi..
Lokal

COVID-19: Kadar kebolehjangkitan (Rt) Kelantan naik lagi..

15 April 2021
Next Post
RM1, 000 setiap sekolah

RM1, 000 setiap sekolah

RM60 juta baik pulih tebing sungai runtuh di  Pasir Mas

RM60 juta baik pulih tebing sungai runtuh di Pasir Mas

Lukisan mural 3D rancakkan industri pelancongan Kelantan

Lukisan mural 3D rancakkan industri pelancongan Kelantan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Awe Donde

Popular

  • Kelantan FC kecewakan Kuching City FC

    Kelantan FC kecewakan Kuching City FC

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kelantan FC, Kelantan United FC beraksi di luar Kota Bharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MKN tentukan keperluan PKP di Kelantan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Akhirnya Mia Sara pergi jua”..

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kami dahaga kemenangan lagi – Ragini

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bapa hidap masalah saraf kronik buntu tak mampu bekerja

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Facebook Twitter Youtube Instagram

Portal yang menyediakan bahan-bahan informatif khususnya dari Kelantan yang bersifat telus, segar, dinamik dan cakna rakyat. #jiwasetkita

Hubungi Kami: 017-3714523
Email: editor@kelantanupdates.com

Berita Lain

  • Agama
  • Awe Donde
  • Bachok
  • Bisnes
  • Budaya & Seni
  • Foto
  • Global
  • Gua Musang
  • Jeli
  • Jenayah
  • Kota Bharu
  • Kuala Krai
  • Lokal
  • Machang
  • Nasional
  • Pasir Mas
  • Pasir Puteh
  • Politik
  • Rencana
  • Sukan
  • Tanah Merah
  • Tumpat
  • Utama

Selanjutnya

PKP Kelantan: Tiada pembelian panik, tapi pengunjung pasaraya lebih ramai berbanding biasa

PKP Kelantan: Tiada pembelian panik, tapi pengunjung pasaraya lebih ramai berbanding biasa

15 April 2021

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

No Result
View All Result
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist