Tuesday, 17 May, 2022
No Result
View All Result
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Politik
  • Analisis
  • Agama
  • Jenayah
  • Foto
  • Sukan
  • Budaya & Seni
  • Video
  • Lokal
  • Rencana
  • Bisnes
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video
  • Budaya & Seni
No Result
View All Result
Kelantan Updates
No Result
View All Result
Utama Lokal
Demimu anak! Ibu tunggal jual jeruk depan rumah sara anak terlantar sejak bayi

Demimu anak! Ibu tunggal jual jeruk depan rumah sara anak terlantar sejak bayi

keadmin by keadmin
28 April 2021
in Lokal
0 0
0
992
VIEWS
Share di FacebookShare di Whatsapp

 

28 April 2021

MACHANG- Meskipun dirinya juga berdepan masalah kesihatan, namun kerana kasih seorang ibu, dia rela berkorban apa sahaja asalkan segala keperluan anaknya dapat dipenuhi dengan baik.

Ibu tunggal, Siti Zubaidah Mohd Ali, 56, yang menghidap kencing manis, darah rendah dan masalah saraf tetap menggagahkan diri untuk menjual jeruk buah secara kecil- kecilan di hadapan rumahnya di Kampung Pangkal Changgong di sini.

Menurutnya, hanya itu yang mampu dilakukan kerana dalam masa sama dia perlu menjaga dan menguruskan anak bongsunya, Nur Athirah Najihah Ibrahim, 18, yang menghidap Cerebral Palsy (CP) atau kelumpuhan otak dan terlantar sejak di usia bayi lagi.

“Nak keluar bekerja tidak ada siapa yang boleh jaga dan uruskan Nur Athirah, kami hanya berdua di rumah ini sejak kematian suami, Ibrahim Abdul Rahman 10 tahun lalu.

“Pendapatan memang tak menentu, saya ambil keputusan jual jeruk depan tangga sebagai sumber pendapatan untuk tampung keperluan kami berdua,” katanya.

Terdahulu Siti Zubaidah menerima kunjungan Presiden Kelab Media Kelantan Darul Naim (KEMUDI), Shahnun Haniff Abdullah Suhaimi, Timbalannya, Zabidi Ishar, dan Setiausaha Agung, Siti Fatihah Awang serta wakil The Grand Renai Hotel, Raja Rusmin Raja Mahmud.

Rombongan dari grup Kita Kongsi itu turut menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian selain wang tunai bagi meringankan beban kedua- dua beranak itu.

Mengulas tentang Nur Athirah, Siti Zubaidah berkata, anaknya dilahirkan ketika berusia tujuh bulan dan terpaksa ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian lebih dua bulan sebelum dibenarkan pulang.

“Ketika usianya sembilan bulan, Nur Athirah mengalami demam panas dam kerap batuk sebelum doktor mengesahkan otak sebelah kirinya dijangkiti kuman.

“Selepas menjalani dua pembedahan untuk membuang sebahagian otak bahagian kirinya, dua tahun kami berkampung di HUSM,” katanya.

Siti Zubaidah berkata, sejak itu Nur Athirah yang tidak mampu bercakap hanya menggunakan isyarat mata untuk berkomunikasi dengannya.

Tambahnya, selain hasil jual jeruk buah diusahakan, mereka bernasib baik apabila Nur Athirah turut menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500 sebulan yang dimanfaatkan sepenuhnya untuk membeli segala keperluan anaknya itu.

Dalam pada itu, Siti Zubaidah berkata, dia turut mempunyai tiga anak lain, namun masing- masing diuji dengan masalah kesihatan menyebabkan mereka tidak mampu membantunya dan Nur Athirah.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin menyumbang boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Agro Bank Siti Zubaidah Mohd Ali (2-00-6672-00009242-6) menghubunginya di talian 017-9645289.

Previous Post

Banjir kilat melanda Makkah

Next Post

Seludup lapan ekor lembu sendirian

Related Posts

Meriahnya rumah terbuka Ahli Parlimen Tumpat
Lokal

Meriahnya rumah terbuka Ahli Parlimen Tumpat

5 May 2022
Kelantan bebas masalah air menjelang 2024
Lokal

Gangguan air di Machang, Pasir Puteh dan Kota Bharu mulai esok

4 February 2022
New Year Ride 2022 tarik 480 penyertaan
Lokal

New Year Ride 2022 tarik 480 penyertaan

15 January 2022
Next Post
Seludup lapan ekor lembu sendirian

Seludup lapan ekor lembu sendirian

Tuah ‘snowcap berhantu’, jenama BCF kini jadi buruan

Tuah 'snowcap berhantu', jenama BCF kini jadi buruan

Kerajaan jamin Parlimen bersidang tiba masa sesuai

Kerajaan komited laksana undi 18 tahun

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Awe Donde

Popular

  • “Jika mendongak bintang di langit, Jangan lupa rumput di bumi”

    “Jika mendongak bintang di langit, Jangan lupa rumput di bumi”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stadium baru Bukit Merbau siap 2025, mahu sekolah Sukan pertama dapat direalisasikan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Takungan Air Pinggiran Sungai bakal dibina di Mukim Joh, Machang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MZ Gold lebarkan sayap ke Kuantan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bekas KP Kelantan antara calon Timbalan Ketua Polis Negara

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zoo Kuala Krai akan dibuka semula

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Facebook Twitter Youtube Instagram

Portal yang menyediakan bahan-bahan informatif khususnya dari Kelantan yang bersifat telus, segar, dinamik dan cakna rakyat. #jiwasetkita

Hubungi Kami: 017-3714523
Email: editor@kelantanupdates.com

Berita Lain

  • Agama
  • Awe Donde
  • Bachok
  • Bisnes
  • Budaya & Seni
  • Foto
  • Global
  • Gua Musang
  • Jeli
  • Jenayah
  • Kota Bharu
  • Kuala Krai
  • Lokal
  • Machang
  • Nasional
  • Pasir Mas
  • Pasir Puteh
  • Politik
  • Rencana
  • Sukan
  • Tanah Merah
  • Tumpat
  • Utama
  • Video

Selanjutnya

Meriahnya rumah terbuka Ahli Parlimen Tumpat

Meriahnya rumah terbuka Ahli Parlimen Tumpat

5 May 2022

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

No Result
View All Result
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist