KOTA BHARU – Kerja-kerja kecemasan pembaikian paip air mentah bocor di Loji Rawatan Air Chicha giat dilaksanakan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) sejak pagi tadi.
Kerja-kerja pembaikian bermula jam 10 pagi itu dijangka selesai dalam tempoh 24 jam iaitu jam 10 pagi esok
AKSB dalam satu kenyataan di facebooknya memaklumkan, kira- kira 17,000 pelanggan(akaun) yang terlibat sedang mengalami gangguan bekalan air sementara kerja-kerja tersebut dijalankan.
AKSB memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku dan akan berusaha menyiapkan kerja-kerja itu dengan kadar segera.
Kawasan yang terlibat adalah Jajahan Kota Bharu Timur di Desa Rahmat, Taman Harian, Jalan Dato Lundang, Kampung Huda, Kg Demit, Kedai Lalat, Kampung Derdap, Padang Kala, Peringat, Taman Sri Aril, Taman Haji Ali, Taman Sri Langkap, Taman Tengku Ahmad Ritaudin, Melor, Tegayong, Bukit Marak, Seterpa, Kampung Terap, Kampung Banggu, Jejulok, Lubok Pukol, Permatang Pusu dan sekitar
Turut terlibat, Jajahan Kota Bharu Selatan di Jalan Pasir Puteh, Guntong Limbat, Taman Sri Guntong, Taman Guntong Binaraya, Kampung Binjai Limbat, sebahagian Kampung Tiong, Taman Rakyat, Taman Desa Wangi, Kampung Kubang Keranji, Taman Sri Keranji, Padang Kala, Kampung Bechah Kura, Sebahagian Peringat, Taman Putra, Taman Paduka, Taman Pulong, Istana Mahkota, Balai Islam, Kampung Sungai dan sekitar.
Turut terjejas adalah Jajahan Bachok di sekitar Alor Bakat, Kubang Telaga, Permatang Machang, Alor Ganu, Bukit Kecik, Kampung Kedondong, Taman Mesira, Kampung Budi,Kampung Padang Jembal, Kampung Panjang, Kampung Dusun Durian, Kampung Tok Jawa, Sempadan Bachok-Kedai Lalat, Telaga Ara, Alor Ganu, Beoh, Seneng, Beris Lalang, Gelong Badak, Kandis, Permatang Pasir, Bator, Kedai Gunong, Tepus, Teratak Pulai, Melawi, Telong, kawasan sekitar Tangok, Kubur Jelawat, Bukit Chenda, Badak Mati, Kuchelong dan sekitar
Pengguna boleh menghubungi talian aduan 15777 dan WhatsApp ke 019-5755777 untuk sebarang pertanyaan serta aduan.