KOTA BHARU- Suasana hijau berlatar belakangkan sawah padi dan menikmati terbenamnya matahari di ufuk adalah sesuatu yang mengujakan.
Apalagi suasana itu dirakamkan di atas bangunan setinggi 18 tingkat disamping melihat anak-anak riang bermain di kolam mandi “roof top”.


Maka tidak peliklah, Hotel H Elite Design Tunjong itu kini menjadi antara pilihan keluarga untuk berehat disamping meluangkan masa bersama orang yang tersayang.
Sesuai lokasinya yang berada di tengah- tengah kerancakkan pembangunan Bandar Baru Tunjong di jalan Kuala Krai-Kota Bharu, H Elite menawarkan pelbagai tarikan istimewa yang memberi pengalaman istimewa kepada pelanggannya.


Kelantan Updates yang membuat tinjauan mendapati suasana di hotel itu cukup meriah khususnya pada hujung minggu.
Apalagi pada hari perayaan atau cuti sekolah yang menjadikan hotel in ” full booking”

Salah seorang pengunjung, Ahmad Bustaman dari Machang berkata, beliau meluangkan masa sekali sebulan menempah bilik di hotel ini.
“Saya suka sebab suasana hotel ini cukup tenang dengan kemudahan yang sangat baik.
“Paling penting, kolam mandi sesuai untuk yang berkeluarga,”katanya yang mengalu-alukan kehadiran pengunjung dalam dan luar.
Dalam pada itu menurut pegawai pemasaranya, TanChia Ying berkata, hotel yang mula beroperasi pada 2019 itu tidak masa yang lama untuk menarik pengunjung.
“Hotel ini agak beruntung disebabkan kawasannya yang berlatar belakangkan sawah, suasananya menarik bagi yang mahukan ketenangan.
“Kolam yang dibina pula di tingkat atas ataupun kolam infiniti. Ia sangat menarik pengunjung,”katanya.
Beliau berkata, lokasi hotel yang tidak jauh dari bandar juga menjadi perhatian pengunjung selain kemudahan parking yang luas.
“Bilik seminar yang luas dan selesa turut disediakan selain dari kemudahan gym yang terkini dan canggih,”katanya.