22/11/2020
KOTA BHARU-Orang ramai yang menghadiri jamuan kenduri di sebuah kediaman di Kampung Chengal pada Ahad lalu diminta menjalani saringan.
Difahamkan seorang individu yang hadir ke majlis berkenaan disahkan positif COVID-19 selepas saringan dibuat.
Dalam satu kenyataan jabatan Kesihatan meminta mereka yang hadir bekerjasama untuk hadirkan diri ke klinik kesihatan atau hospital terdekat untuk saringan kesihatan Covid 19.
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi talian CPRC Kota Bharu 09-7414824 / 09-7414800.
Semalam, sebanyak tujuh kes baharu dicatatkan di negeri ini dengan kebanyakannya daripada Kluster Mengketil.