Pihak yang tidak bertanggungjawab sudah mula membangunkan aplikasi mobil untuk mengambil kesempatan ke atas ahli yang ingin tahu tentang pengeluaran i-Sinar.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam satu kenyataan berkata, pihak KWSP tidak pernah melantik pihak ketiga menguruskan pengeluaran bagi pihak ahlinya.
“Buat masa ini tiada aplikasi yang telah dibangunkan untuk meminta maklumat ahli mengenai permohonan i-Sinar.
“Atau muat turun serta daftar aplikasi i-akaun KWSP serta lakukan semakan serta transaksi secara dalam talian melaluinya,” katanya.
Dalam pada itu pihak KWSP memohon ahlinya merujuk info yang sahih hanya dari media sosial dan laman Web rasmi KWSP agar tidak terpedaya dengan aplikasi palsu.