KOTA BHARU – Hospital Tumpat, dekat sini akan dijadikan Pusat Rawatan COVID-19 bagi pesakit COVID-19 yang stabil.
Hospital Tumpat dalam satu kenyataan berkata, hospital tersebut tidak lagi menerima kemasukan kes selain Covid-19 bermula malam tadi dan kes-kes dari Unit Kecemasan dan Trauma yang memerlukan kemasukan ke wad akan dihantar ke hospital berdekatan termasuk Hospital Pasir Mas, Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh dan Hospital Raja Perempuan Zainab II.
“Jika ada kes kecemasan yg memerlukan rawatan segera seperti serangan jantung yang serius, sesak nafas yang kritikal dan sebagainya yang membahayakan nyawa, anda boleh dapatkan rawatan di Hospital Tumpat, tetapi jika perlu dimasukkan ke wad, anda akan dihantar ke hospital lain.
“Kalau ada sakit biasa yang boleh dirawat di klinik, sila dapatkan rawatan di klinik berhampiran dengan anda,” kata kenyataan itu.