SAHABAT ibarat bintang, dia memang tidak selalu terlihat namun dia selalu ada untukmu. Mungkin itulah yang dapat digambarkan saat melihat persahabatan antara Hafiz dan Loh.
Perkongsian Usahawan dan selebriti media sosial, Hafiz Mahamad tentang sahabatnya, Loh yang terlantar akibat strok cukup menyentuh hati pengikut laman sosialnya.
Persahabatan mereka yang luar biasa termasuk Hafiz sanggup berulang alik dari ibukota ke Kota Bharu semata-mata bagi membawa sahabatnya ke hospital, membelikan kerusi roda elektrik dan menziarahinya yang terlantar membuka mata ramai tentang erti sebuah persahabatan.
https://www.instagram.com/tv/CFwNsuHnULx/?igshid=114eb24mcn9rr
Sekalipun tidak mempunyai pertalian darah, persahabatan itu wajar dijadikan contoh dan ikutan terutamanya dalam membantu sahabat yang dalam kesusahan.
Bagi Pemilik Ainaa Beauty itu, sahabat sejak kecil tersebut cukup istimewa dihatinya dan mereka sama-sama telah berjanji akan saling membantu antara satu sama lain jika ada antara mereka yang susah.
https://www.instagram.com/p/CHCKibCno_8/
Setiap kali Loh memerlukannya, Hafiz sanggup ‘terbang’ dari ibu kota ke Kelantan bagi membantu menguruskan Loh sehinggalah sahabatnya itu menghembuskan nafas yang terakhir semalam.
Tidak terhenti setakat itu, Hafiz ‘hantar’ sahabatnya hingga ke liang lahat, bawa sendiri van jenazah, imamkan solat jenazah dan turun ke liang lahat.
Luahan Hafiz selepas pemergian Loh pada laman Facebooknya,
“ni kali terakhir aku datang “sahabat”
Subuh tadi saya terima call sahabat saya loh dah tak ada. Ya Allah, sebak & terkejut terus hati saya. Saya terus beli ticket flight & fly ke Kelantan
Keluarga sahabat semua tunggu saya sampai untuk uruskan jenazah
Waktu di Airport, menitis air mata saya. Rindu & cinta sangat dkt sahabat saya. Bila sampai di Kelantan terus ke bilik Jenazah, Ya Allah saya tak boleh tahan lagi diri ni
Sahabat yg membesar & selalu sokong. Sekarang berada dalam kain kafan & saya hanya mampu rasa tangan sahabat dgn sentuh kain kafan tu. Tangan sahabat tu lah yg selalu angkat doa & usap kepala saya dulu untuk tenangkan saya
Ada hikmah sebelum ni saya ada wakafkan van jenazah di masjid kampung saya. Harini, saya gunakan van tu untuk bawa sendiri jenazah sahabat saya loh
Sampai di Masjid, saya imamkan solat jenazah. Orang orang kampung saya ramai sangat datang untuk solat
Takbir pertama saya okay, takbir seterusnya. Saya start menangis, sebak, badan saya menggigil & suara saya tak dapat tahan lg sebak tu
Saya ke kubur, saya turun ke liang lahat. Saya nak sentuh & rasa tubuh sahabat saya hingga ke penamat
Loh, aku dh laksanakan janji aku dkt mu sebagai sahabat. Dari mu sakit sampai ke penamat, aku ada dgn mu. Sebab apa?
Sebab aku tahu mu nampak aku & aku nak mu tahu aku betul betul nak jadi sahabat mu dunia akhirat
Tiba waktu aku nanti loh. Selepas mu tarik keluarga ke syurga, tarik lah aku ke syurga wahai sahabat. Tenanglah mu ktsana
Aku disini akan terus berjuang untuk keluarga, team, orang memerlukan & sahabat sahabat kita yg lain loh
Ini semua “Kejayaan Demi Kebahagiaan”
Jumpa mu nanti disana nanti 🌹