Friday, 5 March, 2021
No Result
View All Result
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Politik
  • Analisis
  • Agama
  • Jenayah
  • Foto
  • Sukan
  • Budaya & Seni
  • Video
  • Lokal
  • Rencana
  • Bisnes
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video
  • Budaya & Seni
No Result
View All Result
Kelantan Updates
No Result
View All Result
Utama Lokal
Jawab periksa online tepi kandang lembu

Jawab periksa online tepi kandang lembu

Harap pihak berwajib bina menara telekomunikasi

keadmin by keadmin
8 December 2020
in Lokal, Tumpat
0 0
0
1.7k
VIEWS
Share di FacebookShare di Whatsapp

ROHANA ISMAIL

TUMPAT – Cari ‘line’  sambil bersila beralaskan tikar getah di tepi kandang lembu demi mendapat capaian internet laju.

Ia bukan sesuatu yang mudah apatah lagi belajar dalam keadaan becak dan busuk dalam bendang ketika musim bah melanda Kelantan.

Semua keperitan itu kerana masalah tiada liputan Internet di Kampung Periok di sini sedangkan penuntut  kampus perlu meneruskan pengajian secara online  berikutan pelaksanaan siri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang COVID-19.

Di sebelah kandang lembu ini menjadi  ‘port’ belajar  menggunakan komputer riba dan telefon.

Pagi dan petang pelajar sekolah menengah dan penuntut universiti keluar masuk kawasan ini untuk akses internet.

Penuntut Universiti Teknikal Malaysia Melaka(UTeM), Ahmad zikry Midin, 21, berkata, dia terpaksa menunggang motosikal lima kilometer dari rumah untuk mencari ‘line’ internet di sini.

“Di rumah langsung tak boleh nak akses internet sedangkan sekarang saya sedang mengikuti peperiksaan  pertengahan semester.

“Dugaan sungguh tempat yang dapat akses internet  di kawasan tengah bendang dan tepi kandang lembu pula” katanya.

Baginya, walaupun tidak selesa tetapi demi menuntut ilmu dia sanggup berkorban apa sahaja.

Pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Natasya  Mohd Daud, 17, berkata, dia turut berdepan masalah yang sama apabila tidak dapat akses GoogleMeet jika belajar di rumah.

“Ayah datang hantar ke kawasan ini dan saya belajar bersama kawan-kawan yang juga menghadapi masalah liputan internet.

“Jika ‘port’ sebelah kandang lembu penuh dengan penuntut universiti, kami tumpang serambi rumah seorang penduduk di sini.

“Kami diajak belajar atas rumah tetapi masuk sahaja dalam rumah ‘line’ internet terus hilang, sebab itu kami tumpang di serambi rumah,” katanya.

 

Masalah tiada liputan telekomunikasi  di Kampung Periok dan kampung sekitar termasuk Kampung Alor Che Ismail, Alor Tar dan Bechah Resak sudah berlarutan sejak 10 tahun.

Penduduk yang juga peniaga online, Mazwan Midin, 30, berkata, Kampung Periok dan tiga kampung lagi bukan lah terletak jauh di pedalaman seperti daerah Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang.

“Kampung kami dekat dengan bandar Kota Bharu , tetapi sangat kecewa apabila liputan telekomunikasi di sini sangat teruk,” katanya.

Menurutnya, perniagaannya turut terjejas disebabkan masalah liputan intenet yang sangat teruk itu.

“Nak balas whatsApp pelanggan pun tak boleh, apatah lagi nak buat live di facebook untuk jualan barang secara online.

” Saya dah pakai macam-macam line telco tetapi liputan intenet semuanya  sangat mengecewakan,”katanya.

Menurutnya, penduduk di sini lebih 5,000 orang mengharapkan pihak Surihanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyediakan menara pemancar di kawasan ini.

Tags: Belajar tepi kandangLine telefon
Previous Post

Selamat pulang Abang Mat Keselamatan

Next Post

Nijey berhijrah ke TFC

Related Posts

Mia Sara perlu RM80, 000 untuk bedah jantung
Kota Bharu

Mia Sara perlu RM80, 000 untuk bedah jantung

4 March 2021
Projek naiktaraf Kolam Air Panas Tok Bok dijangka siap April ini
Lokal

Projek naiktaraf Kolam Air Panas Tok Bok dijangka siap April ini

4 March 2021
Menteri Besar Kelantan dimasukkan ke hospital
Kota Bharu

Menteri Besar Kelantan dimasukkan ke hospital

3 March 2021
Next Post
Nijey berhijrah ke TFC

Nijey berhijrah ke TFC

Zoo Kuala Krai akan dibuka semula

Zoo Kuala Krai akan dibuka semula

Pengetua sekolah agama ditahan kes rogol

Pengetua sekolah agama ditahan kes rogol

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Awe Donde

Popular

  • Misi besar, Zamsaham mahu bawa Kelantan FC setaraf Arsenal

    Misi besar, Zamsaham mahu bawa Kelantan FC setaraf Arsenal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zamsaham jawab isu jersi latihan dan perlawanan sama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Selepas meletup angkat TRW, Annuar dan Hodak bergabung di KL

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kelantan paling terjejas akibat pergerakan rentas sempadan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Covid-19 : Kuala Krai rekod kluster baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Saingan lima penjuru naib presiden FAM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Facebook Twitter Youtube Instagram

Portal yang menyediakan bahan-bahan informatif khususnya dari Kelantan yang bersifat telus, segar, dinamik dan cakna rakyat. #jiwasetkita

Hubungi Kami: 017-3714523
Email: editor@kelantanupdates.com

Berita Lain

  • Agama
  • Awe Donde
  • Bachok
  • Bisnes
  • Budaya & Seni
  • Foto
  • Global
  • Gua Musang
  • Jeli
  • Jenayah
  • Kota Bharu
  • Kuala Krai
  • Lokal
  • Machang
  • Nasional
  • Pasir Mas
  • Pasir Puteh
  • Politik
  • Rencana
  • Sukan
  • Tanah Merah
  • Tumpat
  • Utama

Selanjutnya

Pameran seni Lorong PELUKIS di Galeri Kotak Seni

Pameran seni Lorong PELUKIS di Galeri Kotak Seni

4 March 2021

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

No Result
View All Result
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist