Manakala bagi mereka yang masuk kerana tugasan rasmi kerajaan, mereka akan dipakaikan gelang hijau terhad sepanjang menjalankan urusan tugas dan akan dipotong setelah keluar dari Kelantan.
“Mesyuarat Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) baru-baru ini memutuskan sekatan di pintu masuk negeri dan Kelantan buat pertama kali perkenalkan gelang baharu – dua warna iaitu hijau dan merah jambu.
“Warna merah jambu ini untuk (mereka yang datang) dari zon merah dan masuk ke Kelantan (untuk) balik kampung dan dia kena kuarantin 14 hari. Jika mereka keluar dari rumah atau ke tempat tumpuan awam akan dikenakan tindakan undang-undang,” katanya.
Kata Dr Izani, ketetapan itu dibuat selepas kerajaan menimbang untuk membendung penularan COVID-19 di Kelantan yang masih kekal sebagai negeri zon hijau.