Kerajaan Kelantan tidak menolak kemungkinan untuk bekerjasama dengan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia khususnya dasar yang diamalkan di negeri ini bagi membentuk pelajar yang cemerlang.
Bercakap kepada Kelantan Updates, Pengerusi Jawatankuasa Pembagunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, pelbagai perkara boleh dibincang tetapi faktor tertentu seperti covid-19 menyebab beberapa perancangan terpaksa ditangguhkan
“Kita sudah menjadi kerajaan pusat walaupun tidak dominan, Insyallah kita boleh bincang dan mungkin sampai peringkat (berkongsi) dasar pendidikan Rabbani (yang diterapkan kerajaan Kelantan,”katanya.
Beliau berkata demikian kepada Kelantan Updates ketika ditanya adakah kerajaan Kelantan akan berkongsi modul yang diguna pakai kepada sistem pendidikan khususnya yang diamalkan di Yayasan Islam Kelantan (YIK).
Dalam pada itu, Fadzli berkata pihaknya turut berhubung dengan Kementerian Pengajian Tinggi khususnya Kerjasama berkaitan institusi Pendidikan seperti Universti Malaysia Kelantan dan Universiti Teknologi Mara (Uitm) di negeri ini.
“Kerjasama antara kerajaan negeri dan juga IPTA di negeri ini sangat erat dan kita boleh laksana banyak program lagi selepas ini,”katanya
Dalam pada itu Fazdli berkata, pihaknya menyasarkan untuk membina dua sekolah Maahad Tahfiz di Daerah Gua Musang dan Kuala Krai.
Katanya, ia perlu bagi memastikan setiap daerah ini mempunyai Mahad Tahfiz yang mana ia menjadi permintaan tinggi di kalangan ibu bapa dinegeri ini.
“Namun ia bergantung kepada kewangan semasa kerajaan kerana banyak aspek yang diambil kira bukan sahaja sekolah tetapi juga penjawatan,”katanya.