Tuesday, 17 May, 2022
No Result
View All Result
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Politik
  • Analisis
  • Agama
  • Jenayah
  • Foto
  • Sukan
  • Budaya & Seni
  • Video
  • Lokal
  • Rencana
  • Bisnes
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video
  • Budaya & Seni
No Result
View All Result
Kelantan Updates
No Result
View All Result
Utama Lokal
Keluarga nafi Adun Melor meninggal dunia akibat suntikan vaksin

Keluarga nafi Adun Melor meninggal dunia akibat suntikan vaksin

keadmin by keadmin
1 May 2021
in Lokal
0 0
0
195
VIEWS
Share di FacebookShare di Whatsapp

1 Mei 2021

KOTA BHARU – Keluarga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Melor, Dr Md Yusnan Yusof menafikan Allahyarham meninggal dunia disebabkan menerima suntikan vaksin COVID-19.

Anak kedua Allahyarham, Mohammad Baihaqi, 28, juga kesal dengan pihak yang mengaitkan punca kematian bapanya dengan pengambilan vaksin.

“Kami menafikan perkhabaran yang menyatakan baba meninggal dunia setelah mengambil suntikan vaksin COVID-19 kerana beliau (arwah) sudah lama menghidap penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis.

“Ada beberapa orang yang menulis di media sosial mengaitkan dengan suntikan tersebut. Memang baba ada ambil suntikan tetapi yang terakhir pada 9 April lalu,” katanya kepada pemberita selepas pengebumian jenazah bapanya di Tanah Perkuburan Islam Pondok Haji Hasan, Ketereh di sini semalam.

Jenazah Md Yusnan yang juga Timbalan Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, selamat dikebumikan pada kira-kira 2.30 petang tadi.

Allahyarham Md Yusnan meninggal dunia di kediamannya di Melor di sini, selepas mengalami serangan jantung pada 2.28 pagi tadi.

Sementara itu, balu Allahyarham, Romaini Mat Daud, 52, berkata, arwah suaminya sempat bergurau dengan anak-anak yang sibuk menyediakan puding di dapur pada sebelah malam.

“Arwah buat-buat mengintai sambil menyorok di belakang pintu sambil melihat anak-anaknya memasak dan dia nampak gembira,” katanya.

Bercerita lanjut, Romaini berkata, sebelum tidur beliau sempat mengingatkan arwah agar mengambil suntikan insulin untuk penyakit diabetes yang dihidapi Allahyarham sejak dua tahun lepas.

“Sebelum saya tidur, saya lihat arwah belum tidur dan masih mengemas kini Facebook bagi peringatan Hari Nuzul al-Quran.

“Sebaik sahaja tersedar, saya melihat beliau rebah di tepi katil sambil menyebut ‘Allahuakbar’ dan kelihatan seolah-olah terkena angin ahmar kerana tangannya kejang dan lidah seperti tertarik,” katanya.

– BERNAMA

Previous Post

SOP Aidilfitri, rentas daerah diumum minggu depan

Next Post

Jika kes terus meningkat, Kelantan memerlukan PKRC ketujuh

Related Posts

Meriahnya rumah terbuka Ahli Parlimen Tumpat
Lokal

Meriahnya rumah terbuka Ahli Parlimen Tumpat

5 May 2022
Kelantan bebas masalah air menjelang 2024
Lokal

Gangguan air di Machang, Pasir Puteh dan Kota Bharu mulai esok

4 February 2022
New Year Ride 2022 tarik 480 penyertaan
Lokal

New Year Ride 2022 tarik 480 penyertaan

15 January 2022
Next Post
Jika kes terus meningkat, Kelantan memerlukan PKRC ketujuh

Jika kes terus meningkat, Kelantan memerlukan PKRC ketujuh

The Green Deer tekad lebur rekod tanpa kalah TFC II

The Green Deer tekad lebur rekod tanpa kalah TFC II

MDTM lulus pengurangan sewa kiosk di Pasar Awam Gual Ipoh.

MDTM lulus pengurangan sewa kiosk di Pasar Awam Gual Ipoh.

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Awe Donde

Popular

  • “Jika mendongak bintang di langit, Jangan lupa rumput di bumi”

    “Jika mendongak bintang di langit, Jangan lupa rumput di bumi”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stadium baru Bukit Merbau siap 2025, mahu sekolah Sukan pertama dapat direalisasikan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Takungan Air Pinggiran Sungai bakal dibina di Mukim Joh, Machang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MZ Gold lebarkan sayap ke Kuantan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bekas KP Kelantan antara calon Timbalan Ketua Polis Negara

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zoo Kuala Krai akan dibuka semula

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Facebook Twitter Youtube Instagram

Portal yang menyediakan bahan-bahan informatif khususnya dari Kelantan yang bersifat telus, segar, dinamik dan cakna rakyat. #jiwasetkita

Hubungi Kami: 017-3714523
Email: editor@kelantanupdates.com

Berita Lain

  • Agama
  • Awe Donde
  • Bachok
  • Bisnes
  • Budaya & Seni
  • Foto
  • Global
  • Gua Musang
  • Jeli
  • Jenayah
  • Kota Bharu
  • Kuala Krai
  • Lokal
  • Machang
  • Nasional
  • Pasir Mas
  • Pasir Puteh
  • Politik
  • Rencana
  • Sukan
  • Tanah Merah
  • Tumpat
  • Utama
  • Video

Selanjutnya

Meriahnya rumah terbuka Ahli Parlimen Tumpat

Meriahnya rumah terbuka Ahli Parlimen Tumpat

5 May 2022

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

No Result
View All Result
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist