Monday, 8 March, 2021
No Result
View All Result
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Politik
  • Analisis
  • Agama
  • Jenayah
  • Foto
  • Sukan
  • Budaya & Seni
  • Video
  • Lokal
  • Rencana
  • Bisnes
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video
  • Budaya & Seni
No Result
View All Result
Kelantan Updates
No Result
View All Result
Utama Budaya & Seni
Kereta percuma ke hospital

Kereta percuma ke hospital

Anak muda tawar kereta percuma kepada golongan memerlukan sekitar Kota Bharu, Pasir Mas, Kubang Kerian dan kawasan sekitar

Zumurni by Zumurni
19 October 2020
in Budaya & Seni, Kota Bharu, Lokal, Pasir Mas, Utama
0 0
0
938
VIEWS
Share di FacebookShare di Whatsapp

TIGA tahun bukan tempoh yang singkat namun  Wan Muhhiddin Asyrafi Wan Baharunddin tidak pernah kenal erti jemu dan penat malah kian rancak  menyediakan pengangkutan percuma  kepada golongan yang memerlukan bagi mendapatkan rawatan di hospital.

Khidmatnya dipromosikan secara berterusan melalui media sosial Facebook, “Kereta percuma ke hospital Kelantan” dalam usaha memastikan lebih ramai masyarakat susah dapat dibantu.

Menerusi laman tersebut, Wan Muhhiddin, 29 berkata, perkhidmatan kereta percuma itu disediakan khusus kepada golongan asnaf, ibu tunggal dan warga emas yang tidak berkemampuan untuk berulang alik ke hospital.

Mewakili Pertubuhan Sejahtera Rakyat Kelantan, anak muda tersebut menawarkan khidmat itu bagi penduduk sekitar Kota Bharu, Kubang Kerian dan Pasir Mas.

Jelasnya,  perkhidmatan ke daerah lain juga turut disediakan namun bergantung kepada  masa dan lokasi  kerana bergerak menggunakan satu kenderaan sahaja iaitu kereta jenis Proton Iswara.

“Perkhidmatan yang bermula pada tahun 2017 ini  merupakan inisiatif pertubuhan dalam usaha membantu golongan yang memerlukan  mendapatkan rawatan di hospital. Penumpang bukan sahaja diambil di rumah tetapi  saya juga akan menunggu mereka  untuk dibawa pulang.

“Orang ramai yang berminat mendapatkan khidmat kereta percuma ini boleh menghubungi talian 013-9701934 dan saya minta mereka membuat tempahan awal bagi membantu kami menyusun jadual,” katanya.

Tambah Muhhiddin,  perkhidmatan itu bukan sahaja memudahkan pesakit tetapi juga membantu mereka menjimatkan wang perbelanjaan pengangkutan  yang perlu disediakan setiap kali mendapatkan rawatan.

Namun tegasnya, perkhidmatan itu hanya disediakan kepada mereka yang benar-benar tidak mampu dan bukannya   kepada golongan  yang sibuk serta tidak ada masa menghantar ibubapa ke hospital dan klinik.

Tags: Kereta percuma
Previous Post

Bukan calang- calang, Rossem kartunis Kelantan diiktiraf antarabangsa

Next Post

33 petugas kesihatan Kelantan sertai Misi Bantuan Covid-19 Sabah

Related Posts

Tawar gelaran Datuk palsu, warga emas menyamar kerabat diraja Kelantan ditahan
Kota Bharu

Tawar gelaran Datuk palsu, warga emas menyamar kerabat diraja Kelantan ditahan

8 March 2021
Sumbang 100 biji burger, Thirdforce beri kelainan
Lokal

Sumbang 100 biji burger, Thirdforce beri kelainan

7 March 2021
Tak pakai topi keledar, pelajar tular carut guru diambil tindakan
Kota Bharu

Tak pakai topi keledar, pelajar tular carut guru diambil tindakan

7 March 2021
Next Post
33 petugas kesihatan Kelantan sertai Misi Bantuan Covid-19 Sabah

33 petugas kesihatan Kelantan sertai Misi Bantuan Covid-19 Sabah

Individu berpengalaman terajui TRW Sdn Bhd

The Professor kini Penasihat Teknikal Kelantan FC

Anak Machang galas cabaran Ikon pengawas peringkat kebangsaan

Anak Machang galas cabaran Ikon pengawas peringkat kebangsaan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Awe Donde

Popular

  • Zamsaham jawab isu jersi latihan dan perlawanan sama

    Zamsaham jawab isu jersi latihan dan perlawanan sama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Akui kecewa, tetapi Norizam optimis Kelantan FC bangkit

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Misi besar, Zamsaham mahu bawa Kelantan FC setaraf Arsenal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kelantan paling terjejas akibat pergerakan rentas sempadan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ragini tuntut aksi terbaik pemain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mia Sara perlu RM80, 000 untuk bedah jantung

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Facebook Twitter Youtube Instagram

Portal yang menyediakan bahan-bahan informatif khususnya dari Kelantan yang bersifat telus, segar, dinamik dan cakna rakyat. #jiwasetkita

Hubungi Kami: 017-3714523
Email: editor@kelantanupdates.com

Berita Lain

  • Agama
  • Awe Donde
  • Bachok
  • Bisnes
  • Budaya & Seni
  • Foto
  • Global
  • Gua Musang
  • Jeli
  • Jenayah
  • Kota Bharu
  • Kuala Krai
  • Lokal
  • Machang
  • Nasional
  • Pasir Mas
  • Pasir Puteh
  • Politik
  • Rencana
  • Sukan
  • Tanah Merah
  • Tumpat
  • Utama

Selanjutnya

Tawar gelaran Datuk palsu, warga emas menyamar kerabat diraja Kelantan ditahan

Tawar gelaran Datuk palsu, warga emas menyamar kerabat diraja Kelantan ditahan

8 March 2021

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

No Result
View All Result
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist