KOTA BHARU-Angka kes jangkitan Covid-19 di Kelantan mengalami peningkatan apabila 86 kes dicacatatkan hari ini.
Ia menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di negeri Kelantan adalah sebanyak 5,928 kes.
Semalam sebanyak 68 kes dicatatkan termasuk satu kluster baru iaitu kluster Paloh Rambai Ketereh.
Ekoran itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesihatan, Dr Izani Husin memohon semua pihak mematuhi SOP yang telah ditetapkan demi kebaikan bersama.
Terdahulu media melaporkan Seramai 11 guru dan seorang murid di sebuah sekolah di Ketereh, di sini, positif Covid-19.
Kes berkenaan berpunca daripada seorang guru yang menghadiri majlis perkahwinan sebelum menjangkiti guru lain serta murid.
Susulan kejadian itu, sekolah berkenaan mula ditutup hari ini dan 24 orang guru lagi kini menjalani kuarantin.