Tuesday, 17 May, 2022
No Result
View All Result
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Politik
  • Analisis
  • Agama
  • Jenayah
  • Foto
  • Sukan
  • Budaya & Seni
  • Video
  • Lokal
  • Rencana
  • Bisnes
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video
  • Budaya & Seni
No Result
View All Result
Kelantan Updates
No Result
View All Result
Utama Lokal
Kes rogol ‘suka sama suka’ meningkat pada PKP

Kes rogol ‘suka sama suka’ meningkat pada PKP

keadmin by keadmin
5 September 2021
in Lokal
0 0
0
789
VIEWS
Share di FacebookShare di Whatsapp

BACHOK l Percintaan pasangan bawah umur yang membawa kepada kes rogol meningkat enam peratus dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama pada tahun lalu di negeri ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, sebanyak 65 kes rogol bawah umur dilaporkan dalam tempoh itu tahun ini berbanding 54 kes tahun lalu.

Katanya, kes membabitkan mangsa berusia 13 hingga 16 tahun manakala pelaku 16 hingga 31 tahun.

Menurutnya, majoriti kes dilaporkan itu membabitkan remaja perempuan di bangku sekolah atas dasar suka sama suka, saling mengenali sama ada berjiran, rakan sekolah atau berkenalan menerusi media sosial.

“Mereka berhubungan intim dengan kerelaan sendiri namun disebabkan mangsa bawah umur, pelaku tidak dapat lari daripada penguatkuasaan Seksyen 376 Kanun Keseksaan apabila aduan dibuat ibu bapa mangsa.

“Hasil siasatan mendapati sepanjang PKP ini kebanyakan hubungan intim berlaku di rumah, sama ada rumah mangsa atau rumah pelaku ketika ibu bapa mereka tiada di rumah atau tidur nyenyak pada waktu malam.

“Peningkatan kes ini mungkin kecil kerana hanya enam peratus, namun harus dianggap besar kerana ini pada umur itu bukan masanya untuk mereka terlanjur,” lapor Utusan Malaysia.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Balai Polis Jelawat, di sini, hari ini.

Balai Polis Jelawat diketuai seorang Sarjan Mejar dibantu 15 anggota dan seorang pegawai awam sebelum ini berstatus pondok polis dan dinaik taraf kepada balai polis berkuat kuasa hari ini.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintenden Mohammad Ismail Jamaluddin.

Shafien dalam pada itu menambah, kesemua suspek kes rogol bawah umur berjaya ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan dengan rata-rata mereka didapati tiada sebarang rekod jenayah lampau.

Katanya, ekoran gagal melawan nafsu, pelaku berdepan masa depan yang gelap bersama-sama mangsa rogol itu sendiri.

Previous Post

Zahir cinta kepada negara  dengan ‘live’ selama lapan jam di Facebook

Next Post

Kelantan siapsiaga laksana program vaksinasi pelajar

Related Posts

Meriahnya rumah terbuka Ahli Parlimen Tumpat
Lokal

Meriahnya rumah terbuka Ahli Parlimen Tumpat

5 May 2022
Kelantan bebas masalah air menjelang 2024
Lokal

Gangguan air di Machang, Pasir Puteh dan Kota Bharu mulai esok

4 February 2022
New Year Ride 2022 tarik 480 penyertaan
Lokal

New Year Ride 2022 tarik 480 penyertaan

15 January 2022
Next Post
Kelantan dijangka selesai vaksin sebelum musim bah

Kelantan siapsiaga laksana program vaksinasi pelajar

Pemberian vaksin kepada pelajar sekolah dimuktamad Khamis ini

Pemberian vaksin kepada pelajar sekolah dimuktamad Khamis ini

Covid -19  : Kelantan mula rekod Varian South African

Kelantan mungkin beralih ke Fasa 3 PPN hujung bulan ini

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Awe Donde

Popular

  • “Jika mendongak bintang di langit, Jangan lupa rumput di bumi”

    “Jika mendongak bintang di langit, Jangan lupa rumput di bumi”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stadium baru Bukit Merbau siap 2025, mahu sekolah Sukan pertama dapat direalisasikan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Takungan Air Pinggiran Sungai bakal dibina di Mukim Joh, Machang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MZ Gold lebarkan sayap ke Kuantan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bekas KP Kelantan antara calon Timbalan Ketua Polis Negara

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zoo Kuala Krai akan dibuka semula

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Facebook Twitter Youtube Instagram

Portal yang menyediakan bahan-bahan informatif khususnya dari Kelantan yang bersifat telus, segar, dinamik dan cakna rakyat. #jiwasetkita

Hubungi Kami: 017-3714523
Email: editor@kelantanupdates.com

Berita Lain

  • Agama
  • Awe Donde
  • Bachok
  • Bisnes
  • Budaya & Seni
  • Foto
  • Global
  • Gua Musang
  • Jeli
  • Jenayah
  • Kota Bharu
  • Kuala Krai
  • Lokal
  • Machang
  • Nasional
  • Pasir Mas
  • Pasir Puteh
  • Politik
  • Rencana
  • Sukan
  • Tanah Merah
  • Tumpat
  • Utama
  • Video

Selanjutnya

Meriahnya rumah terbuka Ahli Parlimen Tumpat

Meriahnya rumah terbuka Ahli Parlimen Tumpat

5 May 2022

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

No Result
View All Result
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist