KOTA BHARU- Tiada majlis perkahwinan.
Itu ketetapan Kerajaan Kelantan yang tidak membenarkan penganjuran majlis perkahwinan, pertunangan dan resepsi sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Mengulas lanjut, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK), Datuk Che Mohd Rahim Jusoh, berkata arahan yang dikeluarkan susulan PKPB
“Kebenaran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa bergantung kepada situasi semasa wabak Covid-19 di negeri ini,” katanya.
Pada masa sama, semua kursus pra perkahwinan juga ditangguhkan selain perkhidmatan khidmat nasihat atau runding cara hanya dijalankan melalui dalam talian.
“Bagi majlis akad nikah pula dibenarkan diadakan di rumah, masjid atau surau mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan iaitu hanya boleh dihadiri 20 individu termasuk pengantin, saksi, wali serta juru nikah,” katanya.