2/11/2020
TUMPAT – Tular di media sosial kubur di Tanah Perkuburan Islam Datuk di Kampung Dalam Rhu di sini terjejas teruk akibat hakisan susulan hujan lebat sejak malam tadi.
Hakisan tersebut bukan insiden kali pertama kerana tiga tahun lepas kejadian seumpama ini pernah berlaku.
Difahamkan kejadian itu berpunca daripada limpahan air hujan menyebabkan ia bertakung di atas kubur.
Akibat takungan air itu, beberapa belindan rosak kerana dibawa arus air deras.
Dalam masa yang sama, kawasan tanah perkuburan ini tiada longkang dan ia mudah ditengelami air sekiranya hujan lebat berlaku.
Sementara itu, ADUN Kelaboran, Mohd Adanan Haissan berkata, ada beberapa kubur terjejas akibat air bertakung atas kubur di sini.
Katanya, ia akan dibaiki segera bagi mengatasi air bertakung di tanah perkuburan ini dengan cara membuat saluran air menggunakan paip 8 inci.
“Dengan kerja-kerja pemasangan paip ini nanti air akan disalurkan terus ke dalam longkang dan air atas kubur tidak akan bertakung lagi.
” Penghulu dan penduduk kampung sudah mula membaiki secara gotong – royong hari ini dan kita akan cuba baiki secepat mungkin, “katanya kepada Kelantan Updates.o