MACHANG – Jagung keju meleleh, air jagung ketagih dan jagung rebus banjir. Itu antara beberapa produk jagung atau nama saintifiknya, Zea mays yang menjadi kesukaan ramai dan viral di kalangan netizen terutamanya golongan muda hari ini.
Pelbagai jenis masakan berasaskan jagung dihasilkan termasuk diberi sentuhan-sentuhan yang lebih segar dengan cara masakan moden dan diperkenalkan dengan meluas di media sosial.

Tak pernah tak laku
Mengusahakan tanaman jagung sejak lebih 30 tahun, petani, Zulkifli Rani, 70 berkata, tanaman jagung menjadi sumber pendapatan utama keluarganya termasuk bagi membesarkan 13 orang anak.
Katanya, tanaman tersebut mendapat permintaan yang tinggi di kalangan masyarakat dan adakalanya di luar jangkaan malah tidak mencukupi.
Tambahnya, tanaman jagung madu diusahakan secara berkelompok di Kampung Paloh Rawa Hilir, dekat sini yang mana melibatkan pelbagai kaum dan lapisan umur petani.
“Permintaan yang tinggi jagung turut menarik minat orang muda untuk sama-sama mengusahakan tanaman ini dan kira-kira 20 petani mengusahakannya di sini.
“Selain jagung, kami juga mengusahakan tanaman lain termasuk timun tetapi jagung adalah tanaman utama kami di sini,” katanya.

Menurut Zulkifli, sebelum mengusahakan tanaman jagung, dia melakukan pelbagai jenis pekerjaan bagi menyara keluarga termasuk mengambil upah menoreh getah namun selepas mengusahakan bidang pertanian, dia mula yakin dengan potensi jagung dan mengembangkan pertaniannya dari masa ke semasa.
Katanya, setiap kali musim menuai, peraih-peraih dari seluruh negeri akan datang ke kebun jagungnya yang terletak di tepi Sungai Kelantan di sini untuk mendapatkan bekalan jagung dan dipasarkan ke kawasan masing-masing.
“Rasanya yang manis dan sedap menjadi tarikan utama jagung ini malah ada di kalangan penggemar jagung yang makan mentah.
“Setakat ini kami tidak mempunyai masalah pasaran malah mendapat sambutan yang di luar jangkaan. Patutnya jagung ini dapat dituai lebih awal namun kerana menghadapi masalah bekalan air, kerja-kerja penanaman terpaksa dilewatkan pada musim ini,” katanya kepada Sinar Harian.
Uncle Roger Review GORDON RAMSAY Fried Rice
Niece and nephew, Uncle Roger is back with his review of Gordon Ramsay's fried rice.Source: https://www.youtube.com/watch?v=FrUfwpaNNIM&t=48sJoin us on Telegram for the latest updates https://t.me/ladyironchef
Posted by Ladyironchef on Ahad, 20 September 2020
Jadi punca rezeki peraih dan penduduk kampung.
Selain petani, tanaman jagung di Kampung Paloh Rawa ini juga menjadi lubuk rezeki kepada penduduk tempatan yang mengambil upah menanam dan mengutip hasil tanaman itu selain peraih yang menjadi orang tengah, memasarkannya kepada penggemar-penggemar jagung.
Sebab kenapa anda perlu baca Quran selalu di rumah ;
1. Rumah tiada aura.
2. Positifkan gelombang.
3. Rahmat dan keberkatan.
4. Menghalau syaitan dan sihir.
5. Mengubat hati orang yang membaca dan seisi rumah.
6. Kemuliaan kepada pembacanya.
7. Syafaat di hari kiamat.RT ❤️
— Santapan Minda 🇲🇾 (@SantapanMinda) September 21, 2020
Pekerja ladang, Che Zaharah Mohd Zin, 54 berkata, dia mula bekerja secara sambilan di ladang jagung sejak 20 tahun lalu selain melakukan pelbagai kerja lain bagi meningkatkan pendapatan keluarga.
Katanya, pada musim menuai, dia akan mengambil upah mengutip buah jagung dengan upah RM5 sejam dan dalam sehari dia mampu menjana sekitar RM20 hingga RM30.
Yang wanita akan mengecam, yang lelaki akan memuji 😅
Posted by Ah Fatt Channel on Isnin, 21 September 2020
“Biarpun tidak mengusahakan tanaman ini namun sedikit sebanyak ia turut menyumbang kepada pendapatan harian saya dan beberapa penduduk di sini.
“Tanaman jagung ini sudak cukup sebati dengan masyarakat di sini yang mengusahakan lebih tiga dekad lalu, yang mana turut melibatkan petani kaum Cina,” katanya.
Peraih, Hanapi Dollah, 62 dari Gua Musang berkata, dia menjadi pelanggan tetap Zulkifli sejak tiga tahun lalu dan memasarkan buah tersebut di sekitar Gua Musang.
Katanya, dia menjaja jagung dari rumah ke rumah dan masuk ke kampung-kampung di sekitar daerah itu sekaligus menyediakan kemudahan kepada penduduk kampung mendapatkan bekalan jagung.
“Jagung madu ini disukai oleh pelbagai peringkat umur masyarakat, biasanya dalam 1,000 tongkol jagung saya boleh jual dalam masa tiga hingga empat jam.
“Pada musim jagung, saya akan fokuskan kerja-kerja menjaja buah ini sebab permintaan di kalangan masyarakat cukup memberangsangkan,” katanya.
Sementara itu, pesara tentera, Zulkifli Mohamad, 49 berkata, setiap kali musim jagung, dia akan menjaja buah itu di sekitar Kuala Krai dan Machang bagi meningkatkan pendapatannya.
Katanya, dia juga menghantar bekalan kepada restoran-restoran yang menjadi pelanggan tetapnya sejak setahun lalu.
“Biasanya saya akan jual sekitar 500 tongkol sehari sehingga habis musim menuai. Alhamdullilah, sedikit sebanyak jualan jagung ini membantu meningkatkan pendapatan saya selepas bersara ini.
“Jagung madu ini cukup digemari orang ramai dan kami tidak mempunyai masalah untuk memasarkannya,” katanya.
Tanaman jagung punya masa depan cerah
Zulkifli berkata, anak-anak muda yang masih menganggur dan mencari pekerjaan disarankan mengusahakan tanaman jagung yang dilihat berpotensi besar.
Katanya, golongan muda tidak boleh terlalu berharap untuk makan gaji semata-mata sebaliknya berusaha menjadi ‘bos’ dengan mengusahakan bidang pertanian.
“Memang nampak susah pada mulanya tetapi apabila kita sudah biasa, ia akan jadi lebih mudah. Bidang ini memang agak kotor berbanding bekerja di pejabat tetapi pendapatannya tidak mengecewakan sesuai dengan permintaan yang tinggi pasaran.
“Dengan pendapatan mengusahakan tanaman ini, pak cik dan isteri membesarkan 13 orang anak kami. Dalam masa yang sama, pak cik berharap pihak berwajib menyediakan bantuan anak benih dan baja kepada pengusaha jagung bagi mengalakkan lebih ramai petani mengusahakan bidang pertanian ini.
habis.
Kredit: Kelantan