Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin berkata, selepas menjalani pemeriksaan kesihatan keadaan menteri besar dilaporkan stabil dan memerlukan rehat yang cukup.
Katanya, ADUN Pasir Pekan itu dimasukkan ke wad sekitar jam 7 malam, semalam.
“Datuk Ahmad dimasukkan ke wad sekitar jam 7 malam tadi, selepas mengadu penat dan sakit kepala.
“Keadaan itu bukan disebabkan kesan sampingan selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 semalam.
“Beberapa hari lepas, beliau sudah mengadu sakit kepala, tidurnya terganggu dan tidak cukup tidur,” katanya.
Tambah Dr Izani, Ahmad sekali lagi mengadu sakit kepala ketika beliau berada di rumah menteri besar itu sebelum dibawa ke HUSM.
Sementara itu, Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan, Mohd Asri Mat Daud berkata, Ahmad dijangka dibenarkan keluar hospital esok dan hanya keluarga terdekat sahaja dibenarkan melawat.
Katanya, Pejabat Menteri Besar Kelantan merakamkan penghargaan diatas keprihatinan semua pihak mengenai tahap kesihatan Menteri Besar Kelantan itu.