KOTA BHARU-Dua kerusi Parlimen Kelantan iaitu Jeli dan Tanah Merah hampir pasti diserahkan kepada calon Bersatu dalam PRU15 nanti .
Menurut sumber Kelantan Updates, Pas Kelantan telah menyatakan persetujuan untuk memberi laluan kepada Bersatu untuk mengekalkan dua kerusi itu.
“Oleh kerana Bersatu menguasai kedua dua kerusi itu, Pas bersetuju untuk mengekalkan pencalonan kepada parti itu,”katanya.
Ketika ini Jeli diwakili oleh Datuk Seri Mustapa Mohamed manakala
Datuk Seri Ikmal Hisyam Abdul Aziz mewakili Tanah Merah
Menurut sumber itu, walaupun kedua-dua kerusi itu turut dijangka menjadi permintaan Umno untuk bertanding, ia adalah satu konsenses terbaik dalam menentukan agihan kerusi Pakatan Nasional.
“Mengenai tindakan Umno itu mahu meletakkan calon, kita tunggu dan lihat situasi semasa, kerana dalam politik serba kemungkinan, lagipun tempoh untuk PRU masih panjang, “katanya.
Beliau dalam masa yang sama berkata, keputusan terakhir adalah di pusat dan Pas akan akur dengan apa jua keputusan yang diputuskan.
Terdahulu sebelum ini, Pengerusi Perhubungan Umno, Datuk Ahmad Jazlan bertindak meletak jawatan sebagai Pengerusi Majlis