Tuesday, 2 March, 2021
No Result
View All Result
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Politik
  • Analisis
  • Agama
  • Jenayah
  • Foto
  • Sukan
  • Budaya & Seni
  • Video
  • Lokal
  • Rencana
  • Bisnes
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video
  • Budaya & Seni
No Result
View All Result
Kelantan Updates
No Result
View All Result
Utama Lokal
Awas! SJR mengejut di sempadan daerah

Awas! SJR mengejut di sempadan daerah

keadmin by keadmin
12 February 2021
in Lokal, Pasir Mas
0 0
0
291
VIEWS
Share di FacebookShare di Whatsapp

PASIR MAS – Gara – gara mengambil mudah, peniaga sayur dikompaun RM1,000 kerana gagal mengemukakan surat kebenaran rentas daerah ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) secara mengejut di Jambatan Sultan Ismail Petra, Tendong pada Isnin lalu.

Lelaki berusia 27 tahun itu yang berulang alik dari daerah ini ke Kota Bharu mengakui, kerana tiada SJR di laluan tersebut sebelum ini, dia bersikap ambil mudah dan tidak pernah memohon surat kebenaran rentas daerah.

“Ini laluan utama saya untuk ke tempat kerja di pasar basah Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong setiap hari. Saya guna jalan ini kerana tiada SJR, selain dekat dengan kawasan rumah yang terletak di Bunut Susu.

“Hari ini tak sangka ada roadblock pula. Nak patah balik dah tak boleh, sebab atas jambatan. Jadi terpaksa lalu jugalah,” katanya.

Lelaki itu berharap orang ramai menjadikan kisahnya sebagai pengajaran dan sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan terutama ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisoner Mohamad Roy Suhaimi Sharif berkata pihaknya akan melakukan lebih banyak SJR secara mengejut di kawasan sempadan daerah sepanjang PKP yang kini memasuki fasa lanjutan sehingga 18 Februari depan.

Dalam masa sama tambah beliau, SJR statik atau kekal yang diadakan di laluan utama ketika ini akan diteruskan seperti biasa sehingga PKP berakhir.

“SJR mengejut ini bukan bertujuan untuk menakut-nakutkan orang ramai, tetapi salah satu usaha menggalakkan semua pihak mematuhi SOP dalam tempoh PKP 2.0,” katanya.

Mohamad Roy memberitahu, sepanjang operasi itu, sebanyak 16 kompaun berkait pelanggaran SOP telah dikeluarkan dengan kebanyakan kesalahan membabitkan kegagalan orang awam mengemukakan surat pelepasan rentas daerah.

“Sikap ambil mudah terhadap surat rentas daerah boleh menyebabkan anda dikompaun. Nasihat saya, dapatkan surat rentas daerah jika mempunyai sebarang urusan dan polis sedia memberikan kerjasama,” katanya.

Sejak PKP 2.0 bermula pada 16 Januari lalu hingga hari ini sebanyak 159 kompuan telah dikeluarkan di seluruh daerah ini berkait dengan kesalahan pelanggaran SOP ditetapkan Kementerian Kesihatan.

Kredit – Utusan Online

Previous Post

i-Sinar: KWSP mansuh syarat, bantu ahli berdepan Covid-19

Next Post

Persatuan hotel Kelantan pohon rentas daerah dibenarkan

Related Posts

Tak perlu surat polis hantar anak ke asrama/sekolah
Lokal

Kelantan paling terjejas akibat pergerakan rentas sempadan

1 March 2021
Tiga peniaga di Kota Bharu dikompaun gagal patuhi SOP.
Kota Bharu

Tiga peniaga di Kota Bharu dikompaun gagal patuhi SOP.

1 March 2021
Kerajaan Kelantan pindah 41 mangsa asap kebakaran tapak pelupusan sampah MDT
Lokal

Kerajaan Kelantan pindah 41 mangsa asap kebakaran tapak pelupusan sampah MDT

1 March 2021
Next Post
Persatuan hotel Kelantan pohon rentas daerah dibenarkan

Persatuan hotel Kelantan pohon rentas daerah dibenarkan

Natanael pemain import pertama Kelantan FC

Natanael pemain import pertama Kelantan FC

Kemalangan terbesar dunia, 133 kenderaan,9 maut

Kemalangan terbesar dunia, 133 kenderaan,9 maut

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Awe Donde

Popular

  • Misi besar, Zamsaham mahu bawa Kelantan FC setaraf Arsenal

    Misi besar, Zamsaham mahu bawa Kelantan FC setaraf Arsenal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Selepas meletup angkat TRW, Annuar dan Hodak bergabung di KL

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kelantan paling terjejas akibat pergerakan rentas sempadan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Covid-19 : Kuala Krai rekod kluster baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Saingan lima penjuru naib presiden FAM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kerajaan Kelantan pindah 41 mangsa asap kebakaran tapak pelupusan sampah MDT

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Facebook Twitter Youtube Instagram

Portal yang menyediakan bahan-bahan informatif khususnya dari Kelantan yang bersifat telus, segar, dinamik dan cakna rakyat. #jiwasetkita

Hubungi Kami: 017-3714523
Email: editor@kelantanupdates.com

Berita Lain

  • Agama
  • Awe Donde
  • Bachok
  • Bisnes
  • Budaya & Seni
  • Foto
  • Global
  • Gua Musang
  • Jeli
  • Jenayah
  • Kota Bharu
  • Kuala Krai
  • Lokal
  • Machang
  • Nasional
  • Pasir Mas
  • Pasir Puteh
  • Politik
  • Rencana
  • Sukan
  • Tanah Merah
  • Tumpat
  • Utama

Selanjutnya

Tak perlu surat polis hantar anak ke asrama/sekolah

Kelantan paling terjejas akibat pergerakan rentas sempadan

1 March 2021

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

No Result
View All Result
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist