14 April 2021
KOTA BHARU-Pejabat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Darul Aitam dan Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK ditutup esok.
MAIK melalui satu kenyataan di laman entri menerusi facebook rasminya hari ini berkata, penutupan operasi esok adalah untuk sanitasi penuh.
“Ditutup selama satu hari bermula 15 April bagi tujuan sanitasi penuh. Segala kesulitan amat dikesali.
“Bagaimanapun segala urusan berkaitan dengan MAIK, orang ramai masih boleh menggunakan perkhidmatan atas talian,” kata kenyataan itu.
Dalam masa sama, untuk mendapatkan maklumat lanjut orang ramai boleh melayari www.e-maik.my ataupun facebook maikkelantanofficial.