Muhammad Hanif bukan sahaja memerlukan perhatian penuh Zalina Ismani tetapi juga susu khas dan lampin pakai buang yang memerlukan sekurang-kurangnya RM540 sebulan.

Zalina Ismani berkata, dia yang tidak bekerja dan telah kehilangan suami sejak beberapa tahun lalu akibat kemalangan jalan raya seringkali menemui jalan buntu bagi menyediakan keperluan keluarga termasuk tiga anak yang lain berusia antara lima tahun hingga 19 tahun.
“Terima kasih kepada semua penyumbang yang membantu saya dengan menyediakan keperluan Muhammad Hanif termasuk bekalan susu selama enam bulan, lampin pakai buang, kerusi roda khas, makanan bijiran dan bantuan kewangan.
“Sekalipun usianya telah menjangkau 21 tahun namun fizikalnya seolah-olah seperti kanak-kanak dan memerlukan perhatian penuh dari saya,” katanya ketika menerima kunjungan Kelab Kebajikan dan Sukarelawan Sosial (Kelss), di sini, kelmarin.

Terdahulu Kelss melancarkan tabung khas bagi mengutip sumbangan berjumlah RM5,544 hasil keprihatinan orang ramai sekaligus meringankan kesusahan keluarga Zalina Ismani.
Tambah Zalina Ismani, anak sulungnya itu menghidap penyakit Cerebral Palsy sejak berusia dua tahun itu.