Tuesday, 17 May, 2022
No Result
View All Result
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Politik
  • Analisis
  • Agama
  • Jenayah
  • Foto
  • Sukan
  • Budaya & Seni
  • Video
  • Lokal
  • Rencana
  • Bisnes
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video
  • Budaya & Seni
No Result
View All Result
Kelantan Updates
No Result
View All Result
Utama Lokal
PKRC: Kerajaan negeri harap ia dapat dimanfaatkan sebaik mungkin

PKRC: Kerajaan negeri harap ia dapat dimanfaatkan sebaik mungkin

keadmin by keadmin
20 April 2021
in Lokal
0 0
0
360
VIEWS
Share di FacebookShare di Whatsapp

Oleh SAPINAH AB GHANI
20 April 2021

KOTA BHARU- Kerajaan negeri berharap orang ramai dapat memanfaatkan  kemudahan di Dewan Kompleks Belia dan Sukan, Panji di sini dengan sebaik mungkin apabila ia dijadikan Pusat Kuarantin Rawatan Covid-19 (PKRC) nanti.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri, Zuraidin Abdullah berkata, beberapa kemudahan di kompleks berkenaan baru sahaja di naik taraf dan ia akan memberi keselesaan kepada orang ramai.“Keluasan dewan di sini lebih kurang Dewan Jubli Perak, kita ada Dewan Wawasan dan asrama yang sesuai dijadikan penempatan untuk pesakit.

“Sistem pengudaraan pun baik, selepas di upgrade,” katanya ketika ditemui media selepas menyampaikan Bakul Kasih Asnaf Ramadhan kepada wakil- wakil NGO di sini, hari ini.

Semalam, media melaporkan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, susulan peningkatan jumlah pesakit Covid- 19 di negeri ini, pihaknya bercadang membuka sebuah lagi PKRC dalam tempoh terdekat, iaitu Dewan Kompleks Belia dan Sukan berkenaan.

Difahamkan lima PKRC sedia ada sudah mencecah 79 hingga 103 peratus bilangan pesakit, manakala sebuah PKRC yang baru dibuka beberapa hari lalu mencecah 33 peratus bilangan pesakit.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Zuraidin berkata, sejumlah RM75,000 diperuntukkan kerajaan negeri bagi menjayakan program Bakul Kasih Asnaf Ramadhan kali ini.

Menurutnya, seramai 500 penerima akan mendapat manfaatkan daripada program tahunan berkenaan.

“Sebanyak 100 badan bukan kerajaan (NGO) terlibat dan setiap NGO akan mendapat lima bakul makanan untuk diagihkan kepada ahli mereka.

“Kalau sebelum ini kita adakan majlis berbuka puasa bersama di samping menyampaikan Bakul Kasih Asnaf Ramadhan, tapi disebabkan wabak Covid- 19, kita tukar kaedah lain,” katanya.

Mengulas lanjut, Zuraidin berkata, sejumlah RM25,000 daripada peruntukam tersebut digunakan untuk menyediakan bakul makanan yang terdiri daripada barangan keperluan harian.

“Manakala RM50,000 lagi akan disumbangkan dalam bentuk wang tunai kepada semua penerima,” katanya.

Menurutnya, ia antara galakan tanda sokongan kerajaan negeri terhadap usaha dilakukan NGO dalam membantu ahli- ahli mereka di samping bersama- sama meringankan beban golongan memerlukan.

 

Kredit foto: Speed Media Events & Distribution

Previous Post

Rentas negeri hanya pada Isnin hingga Khamis

Next Post

Masjid mukim, surau dan musalla ditutup bermula 21 April

Related Posts

Meriahnya rumah terbuka Ahli Parlimen Tumpat
Lokal

Meriahnya rumah terbuka Ahli Parlimen Tumpat

5 May 2022
Kelantan bebas masalah air menjelang 2024
Lokal

Gangguan air di Machang, Pasir Puteh dan Kota Bharu mulai esok

4 February 2022
New Year Ride 2022 tarik 480 penyertaan
Lokal

New Year Ride 2022 tarik 480 penyertaan

15 January 2022
Next Post
Kelantan benarkan solat Jumaat, Tarawih dengan 70 peratus kehadiran jemaah

Masjid mukim, surau dan musalla ditutup bermula 21 April

#Terkini Covid-19 Kelantan: katil hospital,PKRC penuh dengan cepat

#Terkini Covid-19 Kelantan: 259 pelajar sekolah menengah positif Covid-19

Masih abai SOP walaupun kes COVID-19 meningkat – Polis Kelantan

Masih abai SOP walaupun kes COVID-19 meningkat - Polis Kelantan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Awe Donde

Popular

  • “Jika mendongak bintang di langit, Jangan lupa rumput di bumi”

    “Jika mendongak bintang di langit, Jangan lupa rumput di bumi”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stadium baru Bukit Merbau siap 2025, mahu sekolah Sukan pertama dapat direalisasikan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Takungan Air Pinggiran Sungai bakal dibina di Mukim Joh, Machang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MZ Gold lebarkan sayap ke Kuantan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bekas KP Kelantan antara calon Timbalan Ketua Polis Negara

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zoo Kuala Krai akan dibuka semula

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Facebook Twitter Youtube Instagram

Portal yang menyediakan bahan-bahan informatif khususnya dari Kelantan yang bersifat telus, segar, dinamik dan cakna rakyat. #jiwasetkita

Hubungi Kami: 017-3714523
Email: editor@kelantanupdates.com

Berita Lain

  • Agama
  • Awe Donde
  • Bachok
  • Bisnes
  • Budaya & Seni
  • Foto
  • Global
  • Gua Musang
  • Jeli
  • Jenayah
  • Kota Bharu
  • Kuala Krai
  • Lokal
  • Machang
  • Nasional
  • Pasir Mas
  • Pasir Puteh
  • Politik
  • Rencana
  • Sukan
  • Tanah Merah
  • Tumpat
  • Utama
  • Video

Selanjutnya

Meriahnya rumah terbuka Ahli Parlimen Tumpat

Meriahnya rumah terbuka Ahli Parlimen Tumpat

5 May 2022

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

No Result
View All Result
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist