KOTA BHARU – Ibubapa bayi Orang Asli positif Covid-19 dicari polis selepas menghilangkan diri daripada melakukan ujian saringan COVID-19 di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai.
Ujian saringan perlu dibuat selepas bayi perempuan mereka yang berusia 25 hari disahkan positif jangkitan itu.
Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang jururawat di HSIP pada 9.30 malam, Khamis lalu selepas mendapati pasangan itu didapati tiada di hospital ketika ujian saringan hendak dilakukan ke atas mereka.
http://bit.ly/DaftarAhliMakmurGold
“Pihak hospital juga memberitahu sudah mencari pasangan dari Pos Tohoi itu di kawasan hospital tetapi gagal ditemui serta tidak dapat dihubungi,
“Pengadu telah diberitahu oleh kakitangan yang bertugas di wad kecemasan yang memberitahu ibu kepada pesakit COVID-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi Bayi (NICU) telah menghilangkan diri,” jelasnya.
Susulan kejadian tersebut polis Kelantan menggerakkan kesemua anggota kereta peronda polis (MPV), anggota Balai Polis Kuala Krai, detektif dan pasukan petugas untuk mengesan suspek.
“Polis mengklasifikasikan kes berkenaan mengikut Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Seksyen 270 Kanun Keseksaan (bagi kesalahan berhubung penyakit berjangkit yang berbahaya kepada nyawa),” katanya.