Thursday, 25 February, 2021
No Result
View All Result
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Politik
  • Analisis
  • Agama
  • Jenayah
  • Foto
  • Sukan
  • Budaya & Seni
  • Video
  • Lokal
  • Rencana
  • Bisnes
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video
  • Budaya & Seni
No Result
View All Result
Kelantan Updates
No Result
View All Result
Utama Lokal
Raja Syamri  pernah diketawa dan dimalukan

Raja Syamri pernah diketawa dan dimalukan

keadmin by keadmin
30 October 2020
in Lokal, Rencana, Utama
0 0
0
372
VIEWS
Share di FacebookShare di Whatsapp

30 Oktober 2020

Pakar motivivasi, Dr Raja Syamri Raja Husin mendedahkan bagaimana kesusahan masa silamnya sehingga dikeji dan difitnah.

Ceritanya, ia berlaku bermula ketika mana beliau berhenti kerja dari sebuah syarikat bank kerana mendapat tawaran menarik.

Baca kisah selanjutnya…

Dulu selepas berhenti kerja dengan bank saya berkerja dengan sebuah syarikat swasta setelah ditawarkan pakej yg sangat menarik oleh rakan sekampung. Masa tu baru je beli kereta wira. Bulan pertama gaji dah tak bayar … bulan kedua boss pergi bercuti ke UK rakan kongsi boss tu ambik duit jualan utk bayar gaji saya sbb kesian tengok saya …

Bulan ketiga saya berhenti kerja dan merempat di kl. Kereta tak bayar bermula dari situ. Dahlah merempat kereta tak bayar duit tak ada … kereta pulak finance dgn hong leong bank set kaki tarik kereta kat kl ni paham2 jelah dia punya gangster …

Saban malam saya dampingi Tuhan mohon petunjuk dan kekuatan .. saya merempat di masjid seri petaling … di situ saya mula dalami hadis nabi dari bayan subuh dan kitab2 taklim … saya merempat di bukit botak rumah setinggan … di situ saya melihat orang susah hidup setinggan tapi baik hati … saya belajar erti kasih sayang dan saya berazam untuk membantu orang2 susah kerana mereka juga insan …

saya tak buat benda jahat. Saya dampingi orang berilmu .. saya belajar kitab2 lama … saya belajar fiqah tauhid dan tasawuf … saya khatam kitab imam Nawawi dan beberapa kitab ulama2 tersohor … walaupun saya bukan dari background orang agama …

alhamdulillahh. .. takde siapa datang tarik kereta …

Saya cuba pinjam duit sedara mara dan kawan2 untuk hidup … takde siapa nak bg pinjam … saya makan sekali sehari hanya nasi putih dgn kuah dan minum air paip … itulah hidup saya di bukit botak selayang menumpang di rumah setinggan …

saya call sedara mara yang kerja best tapi sedara saya tu pulak bagi tahu abah yang saya call dia nak pinjam duit … kesian kat abah sebab abah lagilah tak mampu nak tolong … saya kerja cuci kereta sambil cuba2 cari kerja lain kat KL, kaki palsu hari2 basah … kaki saya melecet teruk setiap hari … kaki kiri rasa lenguh sangat2 sebab lama berdiri kerja kedai makan … bila malam kaki kiri selalu kekejangan sebab lama berdiri sebelah siang … ada pernah rakan yg kerja bank datang makan kedai makan tempat saya kerja … mereka ketawakan saya … saya di ketawakan dan di malukan … ada yang fitnah macam2 … saya di pukul di tempat kerja di tuduh curi tulang walhal saya pergi solat dan kaki saya sakit utk jalan cepat2 balik kerja …

saya bertahan dan akhirnya Allah bagi ilham utk berniaga kecil-kecilan. ..

saya berhijrah ke kuantan … dengan modal air liur saya yakinkan kawan2 di kuantan … saya bukak syarikat perunding latihan tumpang ofis kawan … dan kini sudah 16 tahun golden minds dlm industri perunding dan latihan …

Saya nak bina hati2 rakyat Malaysia yang saling hormat menghormati, negara bangsa yang hebat berteraskan tolak ansur dan hidup harmoni berkasih sayang … saya nak bina jiwa2 rakyat Malaysia yang tak lagi berdengki, jadi orang baik-baik … saya nak bina jiwa kental anak2 muda yg tak mudah mengalah dengan dugaan Allah … kental jiwanya, hormat orang tua, rajin bekerja, cintakan ilmu, sopan dan teguh peribadinya … saya nak bina negara ini dengan berteraskan kasih sayang dan perpaduan kaum yg ikhlas … saya jadi motivator tanpa saya rancang … saya berceramah ke seluruh Malaysia bermula dari situ …

bila mula2 untung berniaga dulu mak pesan bayar hutang kereta dulu … bayar hutang kredit kad dulu .. jgn cepat nak beli itu beli ini …

saya jelaskan hutang2 bank .. terkejut staf bank bila saya datang bayar kereta yang tertunggak 14 bulan .. katanya biasanya kalau dah 14 bulan tak ada orang bayar dah … lesapp terus …

pegawai bank bagi diskaun banyak .. saya sujud syukur dalam surau bangunan bank tingkat 2 … saya menangis sebab saya dah bebas dari hutang …

Saya tak pernah buat pinjaman utk berniaga
Sebab saya yakin untuk kembangkan perniagaan
bukannya perlukan duit
Tapi perlukan Allah di sisi
Saya ada Allah
Saya ada doa mak
Saya ada keyakinan diri
saya yakin dengan apa yang saya buat

Jangan pinjam duit ah long
Jangan lari dari masalah yg kita sendiri buat
Jangan berhenti berusaha
Jangan jauh dengan Allah
Jangan tambah masalah

Bertaubat setiap hari sbb kita manusia yg lemah selalu buat dosa …
Sayang mak abah sampai bila2 … pulanglah ziarah mereka
mintak mak doakan …

Dan jadilah orang baik-baik. ..
Berdoalah dan bertahanlah …
Allah sedang menguji kita utk jadi hebat.

Hiduplah sederhana kerana kesederhanaan itu sifat para wali

Mintaklah dengan Allah bukan dengan makhluk kerana Allahlah yg bukak hati makhluk utk datang membantu.

Jommmmm jadi orang baik-baik

Kredit: FB Raja Syamri

Previous Post

TM Piala Malaysia tanpa Sabah

Next Post

Rasmi logo baharu Kelantan FC

Related Posts

15 ditahan terlibat aktiviti pelacuran
Jenayah

15 ditahan terlibat aktiviti pelacuran

24 February 2021
Kemas kini MySejahtera untuk dapatkan vaksin Covid-19
Nasional

Kemas kini MySejahtera untuk dapatkan vaksin Covid-19

24 February 2021
UiTM bantu 100 mangsa banjir
Kuala Krai

UiTM bantu 100 mangsa banjir

24 February 2021
Next Post
Rasmi logo baharu Kelantan FC

Rasmi logo baharu Kelantan FC

Selamat tinggal Felda United FC, UKM FC

Selamat tinggal Felda United FC, UKM FC

Machang catat satu lagi kes baharu

Machang catat satu lagi kes baharu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Awe Donde

Popular

  • Anak Tumpat terharu cipta sejarah bawa balik vaksin

    Anak Tumpat terharu cipta sejarah bawa balik vaksin

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tanah runtuh Kampung Celagi : Rumah pusaka 100 tahun jadi sejarah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lagi tangkapan dadah di Tanah Merah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Polis cari personaliti media sosial langgar SOP

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh berpakaian biasa ke sekolah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • DJ Yusof letak jawatan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Facebook Twitter Youtube Instagram

Portal yang menyediakan bahan-bahan informatif khususnya dari Kelantan yang bersifat telus, segar, dinamik dan cakna rakyat. #jiwasetkita

Hubungi Kami: 017-3714523
Email: editor@kelantanupdates.com

Berita Lain

  • Agama
  • Awe Donde
  • Bachok
  • Bisnes
  • Budaya & Seni
  • Foto
  • Global
  • Gua Musang
  • Jeli
  • Jenayah
  • Kota Bharu
  • Kuala Krai
  • Lokal
  • Machang
  • Nasional
  • Pasir Mas
  • Pasir Puteh
  • Politik
  • Rencana
  • Sukan
  • Tanah Merah
  • Tumpat
  • Utama

Selanjutnya

Boleh berpakaian biasa ke sekolah

Boleh berpakaian biasa ke sekolah

24 February 2021

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

No Result
View All Result
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist