TUMPAT – Pertubuhan Kebajikan Insaniah Kampung Kajang Sebidang menyerahkan sumbangan RM9000 kepada sembilan sekolah di DUN Pengkalan Kubor bagi membantu murid asnaf dan yatim.
Ketua Biro Pendidikannya, Lizawati Mat Yusof berkata, ini tahun kedua sumbangan kewangan disalurkan ke sekolah terpilih.
“Tahun ini kita pilih lapan buah sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah dan setiap sekolah menerima sumbangan RM1, 000,” katanya pada majlis penyerahan bantuan terbabit di Pantai Sri Tujoh di sini.
Lizawati berkata, pihaknya menyerahkan kepada sekolah sepenuhnya untuk menentukan agihan wang tersebut untuk membantu pembelajaran anak-anak asnaf dan yatim.
” Pertubuhan Kebajikan Insaniah Kampung Kajang Sebidang sebagai platform atau perantara bagi pemudahcara dalam penyampaian sumbangan ini.
” Sumbangan ini dari pelbagai pihak termasuk TDC Holding Sdn Bhd dan orang perseorangan,” katanya.