9/11/2021
Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa Kementerian Pendidikan menangguhkan sesi pembukaan penggal persekolahan pada 20 Januari ini.
Beliau berkata, penangguhan itu perlu kerana pelbagai musibah dan masalah yang berlaku kepada negara ketika ini.
“Pandangan saya ialah permulaan penggal sekolah 2021 patut ditangguhkan ke selepas cuti Tahun Baru Cina.
Ia memandangkan keadaan banjir belum reda, situasi Covid semakin teruk dan ada ura-ura nak melaksanakan semula PKP ketat beberapa negeri zone merah,”katanya di laman Facebooknya hari ini.

Najib berkata, sesi persekolahan yang ditangguh boleh diganti dengan dengan membatalkan cuti pertengahan penggal pertama (9 hari) dan cuti pertengahan tahun (16 hari).
Ketika ini, setiuasi Covid-19 membimbangkan apabila kadar jangkitan harian merekokkan lebih 2000 sehari.
Ekoran itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dijangka mengumumkan langkah kawalan termasuk jankaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara bersasar dilaksanakan di beberapa negeri.
Dalam masa yang sama, negara juga dilanda banjir apabila beberapa negeri terkesan dengan musibah tersebut.
Sementara itu, rata-rata ibu bapa bersetuju dengan saranan Najib dan menyifatkan cadangan yang wajib dipertimbangkan ketika ini.
Bagi Nurul Hana berkata situasi semasa bertambah kritikal dan ibu bapa perlu hadapi dan selesaikan sebelum bermula sesi persekolahan.
“Sekolah pun ada yg digunakan sebagai PPS selain ada juga yang ditenggelami banjir,”katanya.
Bagi Afiq Aizuddin pula meminta kerajaan membuat pengumuman awal sekiranya apa-apa keputusan drastik dibuat.
“Tolong la umum awal. Guru-guru yg bertugas di Sarawak kena bertolak minggu ni disebabkan kerajaan negeri Sarawak mewajibkan kuarantin 14hari bila sampai sana.
“Kesian nanti kalau dah ada yang sampai di Sarawak, masa terbazir untuk kuarantin je bila sesi persekolahan kena batal lagi,”katanya.