Tuesday, 17 May, 2022
No Result
View All Result
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Politik
  • Analisis
  • Agama
  • Jenayah
  • Foto
  • Sukan
  • Budaya & Seni
  • Video
  • Lokal
  • Rencana
  • Bisnes
Kelantan Updates
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video
  • Budaya & Seni
No Result
View All Result
Kelantan Updates
No Result
View All Result
Utama Lokal
Tolak tawaran RM20,000 beli akhbar lama pengisytiharan kemerdekaan

Tolak tawaran RM20,000 beli akhbar lama pengisytiharan kemerdekaan

keadmin by keadmin
30 August 2021
in Lokal, Pasir Mas
0 0
0
98
VIEWS
Share di FacebookShare di Whatsapp

 

PASIR MAS l “Meskipun pernah ditawarkan RM20,000 oleh seorang pembeli beberapa tahun lalu, saya tidak sanggup menjual kerana percaya nilai khazanah ini lebih tinggi,” kata Mohd Tarmizi Ismail, 45, yang memiliki naskhah akhbar The Sunday Times bertarikh 1 September 1957, iaitu sehari selepas pengisytiharan kemerdekaan negara.

Dia yang menetap di Kampung Kekabu dekat Lemal di sini menjelaskan, akhbar yang dimilikinya itu mempunyai 32 muka surat lengkap dan gambar hadapan pula adalah gambar pengisytiharan kemerdekaan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj yang bertajuk “THIS IS IT!”.

“Saya sebenarnya menemui naskhah akhbar ini ketika merombak rumah pusaka milik arwah kedua ibu bapa, selepas banjir besar 2014 lalu.

“Akhbar ini ditemui bersama sebilah keris pusaka dalam keadaan baik. Selepas meneliti saya dapati ia adalah akhbar lama yang menyiarkan mengenai kemerdekaan negara, iaitu sehari selepas negara mencapai kemerdekaan,” katanya bapa kepada lapan anak itu.

Jelasnya, dia sendiri tidak mengetahui mengenai khazanah simpanan arwah bapanya itu kerana tidak pernah diberitahu atau melihatnya.

Katanya, arwah bapanya Ismail Salleh yang meninggal dunia pada 1998 adalah peniaga kedai runcit, manakala ibunya Saodah Omar pula meninggal dunia tahun lalu.

Difahamkan, di akhbar itu ada ditulis naskhah itu dicetak dan dikeluarkan oleh The Straits Times Ltd Cecil Street Singapore dan 111 Pudu Road Kuala Lumpur.

Mohd Tarmizi berkata, dia percaya naskhah akhbar yang dimilikinya itu mempunyai nilai yang tinggi dan tidak ramai yang memilikinya.

“Beberapa hari lagi akhbar ini akan berusia 64 tahun, iaitu satu tempoh yang lama apatah lagi kandungannya adalah mengenai catatan sejarah kemerdekaan negara.

“Memiliki khazanah sebegini adalah satu ‘anugerah’ tidak ternilai bagi saya, dan berharap dapat dijaga dengan sempurna,” katanya.

Ditanya adakah khazanah itu akan dijual, Mohd Tarmizi berkata perkara itu boleh dibincangkan sekiranya harga yang ditawarkan, mencapai standard nilai barangan.

Katanya, pernah seorang lelaki datang melihat naskhah terbabit dan mengatakan ia adalah palsu, tetapi yang peliknya dia menawarkan pula sebanyak RM20,000 untuk membelinya.

“Bagi saya nilai khazanah ini jauh lebih tinggi, dan sekiranya ada pengumpul barangan antik atau pakar yang mahu melihatnya, boleh hadir melihat sendiri di rumah saya.

“Saya kini sedang mencari tempat yang sesuai untuk menyimpannya, bagi mengelakkan ia mengalami kerosakan,” katanya yang bekerja sendiri- BERNAMA

 

Previous Post

Masjid di Kelantan dijangka dibuka dua minggu lagi

Next Post

Polis klasifikasikan kes kepada bunuh

Related Posts

Meriahnya rumah terbuka Ahli Parlimen Tumpat
Lokal

Meriahnya rumah terbuka Ahli Parlimen Tumpat

5 May 2022
Kelantan bebas masalah air menjelang 2024
Lokal

Gangguan air di Machang, Pasir Puteh dan Kota Bharu mulai esok

4 February 2022
New Year Ride 2022 tarik 480 penyertaan
Lokal

New Year Ride 2022 tarik 480 penyertaan

15 January 2022
Next Post
Polis klasifikasikan kes kepada bunuh

Polis klasifikasikan kes kepada bunuh

Polis Kelantan nasihat semua Individu dikompaun langgar SOP buat rayuan

Polis Kelantan tidak lulus permohonan konvoi kenderaan sepanjang PPN

Suami isteri disyaki dera anak sampai mati direman

Lelaki pesakit mental didakwa cuba bunuh bapa

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Awe Donde

Popular

  • “Jika mendongak bintang di langit, Jangan lupa rumput di bumi”

    “Jika mendongak bintang di langit, Jangan lupa rumput di bumi”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stadium baru Bukit Merbau siap 2025, mahu sekolah Sukan pertama dapat direalisasikan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Takungan Air Pinggiran Sungai bakal dibina di Mukim Joh, Machang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MZ Gold lebarkan sayap ke Kuantan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bekas KP Kelantan antara calon Timbalan Ketua Polis Negara

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zoo Kuala Krai akan dibuka semula

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Facebook Twitter Youtube Instagram

Portal yang menyediakan bahan-bahan informatif khususnya dari Kelantan yang bersifat telus, segar, dinamik dan cakna rakyat. #jiwasetkita

Hubungi Kami: 017-3714523
Email: editor@kelantanupdates.com

Berita Lain

  • Agama
  • Awe Donde
  • Bachok
  • Bisnes
  • Budaya & Seni
  • Foto
  • Global
  • Gua Musang
  • Jeli
  • Jenayah
  • Kota Bharu
  • Kuala Krai
  • Lokal
  • Machang
  • Nasional
  • Pasir Mas
  • Pasir Puteh
  • Politik
  • Rencana
  • Sukan
  • Tanah Merah
  • Tumpat
  • Utama
  • Video

Selanjutnya

Meriahnya rumah terbuka Ahli Parlimen Tumpat

Meriahnya rumah terbuka Ahli Parlimen Tumpat

5 May 2022

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

No Result
View All Result
  • Nasional
  • Analisis
  • Agama
  • Politik
  • Jenayah
  • Sukan
  • Bisnes
  • Lokal
    • Kota Bharu
    • Bachok
    • Gua Musang
    • Kuala Krai
    • Machang
    • Pasir Puteh
    • Tanah Merah
    • Jeli
    • Pasir Mas
    • Tumpat
  • Rencana
  • Foto
    • Video

© 2020 • Kelantan Updates • #JIWASETKITA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist