6 April 2021
Tumpat merekodkan dua kluster baharu dengan catatan 32 kes Covid -19 hari ini.
Kluster pertama dikesan adalah Kluster Kubang Labu yang merupakan kluster tempat kerja di mana penularan berlaku dalam kalangan kakitangan sebuah syarikat perantara kewangan yang terletak di Jalan Kota Kubang Labu dan seterusnya penularan berlaku kepada ahli keluarga terdekat.
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Bharu dan Bachok di Kelantan.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-6191) dilaporkan positif COVID-19 pada 30 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala.
Sehingga 6 April 2021, sejumlah 318 individu telah disaring, di mana 26 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.
Dalam masa yang sama, Kluster komuniti, Kluster Kampung Palekbang turut dikesan di Tumpat.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-6238) dilaporkan positif COVID-19 pada 31 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala.
Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Kampung Palekbang, Tumpat.
Kluster ini menular semasa majlis pengajian di sebuah surau yang kemudiannya menular kepada ahli keluarga terdekat.
Sehingga 6 April 2021, sejumlah 42 individu telah disaring, di mana 28 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.